fbpx
English EN Bahasa Melayu BM 简体 中文 简体中文
English EN Bahasa Melayu BM 简体 中文 简体中文

Appendisitis/Keradangan Apendiks pada kanak-kanak – apakah ia dan bagaimana ia boleh dirawat di Malaysia

Nada Sudhakaran
Pakar Bedah Pediatrik & Pakar Urologi

Appendisitis/Keradangan Apendiks pada kanak-kanak – apakah ia dan bagaimana ia boleh dirawat di Malaysia

Surgeri appendisitis adalah surgeri kecemasan yang paling biasa dilakukan (bagi yang memerlukan pembedahan) pada kanak-kanak di Malaysia. Ia boleh terjadi pada mana-mana peringkat usia. Ianya perkara biasa bagi kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Apabila ianya berlaku, ia akan berada pada tahap yang serius, dimana kantung tersebut pecah. Bagi kanak-kanak yang lebih berusia, mereka akan memperlihatkan simptom-simptom/tanda-tanda keradangan apendiks yang lebih klasik. Bagi gadis remaja pula, diagnosis untuk sakit perut mungkin sukar oleh kerana ia juga mungkin masalah pada ovari atau rahim. Pakar surgeri pediatrik yang berpengalaman akan menilai keadaan sebenar pesakit tersebut untuk memahami keadaan mereka yang sebenar sebelum memberi diagnosis terhadap sakit perut yang dihadapi.

Punca Appendisitis

Apendiks adalah sejenis organ seakan kantung yang terkeluar dari kolon yang terletak di bahagian bawah, kanan abdomen. Ia mempunyai hujung yang buta, berstruktur tiub, bukaan hujungnya bersambung ke usus besar (lihat rajah).

Apendiks

Keradangan apendiks berlaku apabila kepingan kecil najis (fecolith) dari usus besar memasuki bahagian terbuka apendiks lalu terkumpul di dalamnya. Akibatnya, lendir terhasil di lapisan dalaman apendiks dan ianya terperangkap lalu mengembung.

Lendir ini adalah makanan untuk bakteria yang terdapat di dalam usus. Bakteria tersebut akan membiak dan akhirnya bernanah (pada masa inilah, pesakit akan merasa kesakitan. Kesakitan tersebut tidak mempunyai titik yang spesifik iaitu di sekeliling pusat perut). Oleh kerana keradangan apendiks telah berlaku di sekitar dinding perut sebelah kanan (pesakit akan merasa sakit yang mencucuk-cucuk apabila beliau bergerak). Dinding apendiks menjadi semakin lemah akibat daripada tekanan lendir/nanah yang terkumpul. Apendiks akhirnya akan pecah dan bakteria yang terkumpul di dalamnya akan merebak ke bahagian rongga perut yang lain.

Pesakit akan merasa kesakitan yang amat sebelum apendiks tersebut pecah. Namun apabila ianya pecah, kesakitan tersebut akan berkurangan tetapi keadaan pesakit akan menjadi lebih teruk oleh kerana lendir atau nanah yang telah merebak kebahagian lain.

Kadar perkembangan apendiks adalah berlainan tetapi ia lebih cepat pada kanak-kanak di bawah 5 tahun.

Simptom Appendisitis

Bagi kanak-kanak yang berumur di atas lima tahun ke atas, tanda-tanda appendisitis boleh diketahui apabila pesakit mengalami sakit perut, muntah dan demam pada suhu yang rendah (37.5 - 38 darjah Celcius). Ia akan bermula apabila pesakit akan merasa sakit di sekitar pusat. Rasa sakit tersebut akan berterusan, menjadi lebih tajam dan akan bergerak kebahagian bawah kanan perut pesakit. Pergerakan seperti berjalan dan melompat akan memburukkan lagi keadaan pesakit. Simptom lain termasuklah rasa mual serta muntah dan kehilangan selera makan. Terdapat juga keadaan apabila najis akan terkeluar apabila terdapat kebocoron pada apendiks, tetapi keadaan ini jarang terjadi.

Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mungkin mempunyai tanda-tanda yang berlainan seperti keletihan, keengganan untuk bergerak, demam dan muntah atau bahkan cirit-birit. Cirit-birit terjadi apabila bakteria/nanah di dalam apendiks memberi rangsangan pada pada kolon dan rektum.

Keadaan appendisitis mempunyai persamaan kepada pembengkakkan kelenjar limfa yang diakibatkan oleh demam virus (mesenteric adenitis), gastro enteritis akut, sembelit, jangkitan pada saluran kencing, masalah testis pada kanak-kanak lelaki manakala masalah ovari pada kanak-kanak perempuan.

Penilaian Appendisitis oleh Pakar Surgeri Pediatrik

Pakar surgeri pediatrik anak anda akan mula mengumpul maklumat tentang simptom sakit anak anda. Pakar surgeri akan membuat perbandingan melalui maklumat tersebut, dengan simptom-simptom yang disenaraikan diatas. Pemerikasaan akan dilakukan dimana kawasan yang sakit itu ditekan dan dilepaskan, tanpa menambahkan kesakitan pada pesakit. Setelah pemeriksaan dijalankan dan didapati pesakit tidak mengalami keradangan apendiks, anak anda akan diberi rawatan yang sewajarnya. Sekira ianya masih mencurigakan atau tidak dapat memberi keputusan yang pasti/tepat, beberapa pemeriksaan lanjut diperlukan untuk mengesahkan diagnosis.

Tiada satu pemeriksaan yang dapat memastikan pesakit itu mengalami keradangan apendiks atau sebaliknya. Ada kalanya pemeriksaan yang dilakukan tidak dapat memberi keputusan yang konklusif. Kadang-kadang peperiksaan dilakukan untuk mengetahui sama ada pesakit menghidapi pembengkakkan kelenjar limfa (mesenteric adenitis) atau keradangan apendiks tahap awal. Dengan ini, pesakit dinasihatkan untuk dimasukkan ke hospital bagi melakukan pemeriksaan ulangan setiap 6 jam juga untuk memantau pesakit jika ada sebarang perubahan (pemerhatian aktif).

Kesakitan disebabkan oleh keradangan apendisitis akan bertambah buruk manakala yang lain beransur baik. Adalah penting agar pesakit tidak diberi antibiotik sebelum diagnosis tepat diperolehi, kerana ini boleh menyebabkan appendisitis akut yang mungkin dihadapi oleh pesakit tidak dapat dikesan.

Siasatan Untuk Mengenalpasti Appendisitis

Sampel air kencing akan diambil apabila anak itu tiba di hospital, untuk mendapatkan kepastian jika terdapat sebarang jangkitan di trek urinari. Ujian darah juga mungkin dilakukan. Kiraan sel darah putih yang tinggi dapat memastikan sama ada ianya keradangan atau jangkitan. Ujian darah yang lain termasuklah protein serum C-reaktif (CRP) juga boleh digunakan untuk mengesahkan sebarang kecurigaan klinikal untuk proses keradangan yang aktif.

Ujian Imbasan Abdomen (Ultrasound abdomen (US) sering membantu kanak-kanak terutama para remaja perempuan bagi memastikan serta mengetepikan perkara berkenaan patologi ovari atau rahim. Dalam kebanyakan kes, ujian imbasan ultrasound adalah kaedah pengimejan yang disukai kerana tidak ada radiasi yang terlibat dan dapat diulangi jika perlu. Walau bagaimanapun, ujian imbasan tidak dapat dilakukan sekiranya perut pesakit kembung atau terdapat sebarang bahan "tersembunyi" pada hujung apendiks (retrocecal appendix)

Melalui XRay perut, ia dapat menunjukkan sekiranya pesakit mungkin mempunyai sejarah penyakit lain seperti batu karang atau sembelit.

Imbasan Tomografi (Computerised Tomography - CT) jarang dilakukan pada kanak-kanak kerana tahap radiasi yang tinggi. Sebagai peraturan, saya mengelakkan penggunaan Imbasan Tomografi untuk mengdiagnosis apendiks akut. Proses pemeriksaan (termasuklah pemerhatian lanjutan, jika diperlukan) serta pemeriksaan bentuk lain mencukupi untuk membuat diagnosis sama ada ianya keradangan apendiks atau sebaliknya. Dalam jangka panjang, adalah lebih selamat untuk melakukan prosedur lubang kunci (laparoscopic precedure) daripada imbasan CT untuk pesakit yang mengalami keradangan appendiks akut.

Pandangan ketika surgeri laparoskopik dilakukan yang menunjukkan keradangan apendiks.

Pengurusan Appendisitis

Mengikut penilaian klinikal awal, apabila pesakit dimasukkan ke hospital untuk salah satu daripada tiga kategori di bawah :

1) Bukan Appendisitis

Sekiranya pesakit tidak mengalami simptom atau tanda-tanda sakit perut yang akut, mereka boleh pulang ke rumah tetapi hendaklah kembali jika keadaan semakin buruk.

2) Mengalami Appendisitis

Sekiranya pesakit berkemungkinan menghidapi apendisitis, persediaan untuk surgeri harus bermula dengan diberikan antibiotik bendalir melalui intravena.

3) Tidak Pasti

Dalam keadaan di mana diagnosis pesakit masih lagi diragukan, pesakit tersebut hendaklah dimasukkan ke hospital apabila terdapat simptom namun diagnosisnya masih diragukan. Pesakit dimasukkan untuk pemerhatian aktif serta untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Dalam tempoh ini pesakit diberi ubat kebas (analgesia) ringan dan dibenarkan minum cecair sahaja untuk mengelakkan sebarang perkara yang boleh melambatkan prosedur surgeri jika ianya diperlukan. Proses untuk pengesahan appendisitis adalah suatu proses yang berterusan. Jika diagnosisnya tidak dapat disahkan maka proses pemeriksaan hendaklah diteruskan melaui pemerhatian aktif. Keputusan untuk melakukan appendicectomy boleh dibuat. Sekiranya kesakitan yang dihadapi bertambah baik semasa pemerhatian aktif, maka pesakit akan dibenarkan pulang.

Surgeri untuk Appendisitis

Pakar surgeri kanak-kanak akan menjelaskan proses surgeri serta mendapatkan persetujuan rasmi untuk prosedur tersebut. Seperti mana-mana pembedahan melibatkan bius am (general anaesthesia), pesakit harus berpuasa dari makan atau minum susu sekurang-kurangnya 6 jam sebelum surgeri dan hanya dibenarkan minum air 2 jam sebelum surgeri.

Surgeri yang dijalankan melalui bius am membenarkan salah seorang ibu bapa untuk menemani anak mereka ke dalam bilik operasi sehingga pesakit itu tidur. Apabila ibu atau bapa meninggalkan bilik, proses bius dilakukan dan ini akan mengambil masa 20 minit sebelum surgeri bermula.

Teknik surgeri lubang kunci (Laparoscopic Surgery) akan dilakukan. Terdapat banyak faedah yang apabila prosedur ini dilakukan berbanding dengan teknik surgeri tradisional. Ini termasuklah kesakitan yang perlu dihadapi oleh pesakit selepas surgeri. Di samping itu, jangkamasa untuk pulih serta untuk berada di hospital adalah lebih pendek. Surgeri lubang kunci ini tidak meninggalkan kesan dalam jangka masa panjang.

Surgeri boleh mengambil apa-apa dari 30 minit hingga kira-kira 2 jam bergantung kepada keadaan appendisitis atau apendiks yang tersumbat itu. Jika terdapat nanah pada apendiks, sampel akan diambil dan dihantar untuk dianalisis. Ini bagi membantu supaya terapi antibiotik yang tepat dapat dilakukan dan akan disasarkan untuk bakteria yang terdapat di bahagian yang terlibat. Appendisitis yang dikeluarkan tersebut turut dihantar ke makmal untuk dianalisis.

Selesai pembedahan, pesakit akan dihantar ke ruang pemulihan di mana anda boleh bertemu dengannya. Biasanya pakar surgeri akan berbincang dan memberikan penjelasan yang lengkap terhadap surgeri yang telah dijalankan dan rancangan seterusnya. Bahagian apendiks yang lain akan pulih dengan cepat dan pesakit mungkin akan dibenarkan pulang pada hari berikutnya. Namun, sekiranya surgeri yang telah dilakukan lebih kompleks, maka pesakit hendaklah tinggal lebih lama di hospital. Sebaik sahaja dibenarkan pulang, keadaan pesakit akan kembali normal dalam masa 3-4 hari setelah teknik lubang kunci digunakan berbanding dengan surgeri secara tradisional yang akan mengambil masa selama 1 minggu untuk pulih. Pesakit hendaklah berjumpa kembali dengan pakar surgeri paediatrik selepas 1 minggu dimana pakar surgeri membuat penilaian terhadap surgeri yang dijalankan serta keputusan yang diterima dari makmal. Pesakit tidak perlu hadir semula ke hospital selepas perbincangan tersebut.

Prognosis Appendisitis

Diagnosis klinikal yang ditambah baik berserta dengan pemberitahuan yang awal oleh pakar surgeri pediatrik adalah penyumbang penting dalam menangani masalah appendisitis yang dihidapi oleh kanak-kanak. Kebanyakan komplikasi timbul akibat daripada pemeriksaan yang lambat bagi mendapatkan rawatan serta teknik surgeri yang kurang baik (kerana surgeri dilakukan bukan dari kalangan pakar surgeri pediatrik). Secara am, kanak-kanak yang menghidapi appendisitis akut hendaklah diberi perhatian yang sewajarnya, untuk mengelak daripada masalah lebih kritikal pada masa hadapan.

Testimoni Pesakit

Hello, saya Liloïa, berumur 10 tahun. Dua minggu yang lalu saya mengeluarkan apendiks saya oleh Dr. Nada melalui pembedahan lubang kunci. Ia berlaku pada hari Isnin, prosesnya berlaku dengan sangat cepat, hanya 4 jam setelah tiba di bilik kecemasan saya telah menjalani pembedahan. Pada hari Selasa, Dr Nada bersetuju untuk membenarkan saya pulang. Selepas itu pembedahan saya pulih dengan baik sehinggalah seorang gadis melompat pada luka saya 10 hari selepas pembedahan. Luka saya berdarah dan sakit tetapi pada keesokan harinya saya mempunyai pertandingan atletik yang penting. Dr. Nada telah memberi saya lampu hijau untuk mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut. Saya tidak berlatih selama 2 bulan (pernah mengalami masalah lutut), serta dengan pembedahan appendisitis 10 hari sebelum pertandingan, saya dan masih berjaya memenangi 3 pingat emas??? (400m, 200m dan 100m berganti berbanding 7 pelari lain dari sekolah yang berbeza). Terima kasih banyak Dr Nada atas pertolongan anda, atas kerjaya anda yang luar biasa, sentiasa berada dan mendengar saya. Saya sangat berterima kasih.

Marion Fages, ibu

Pada bulan Jun 2019, semasa bercuti ke KL dari India, anak perempuan saya Vanya, 9 tahun, mengadu sakit perut yang teruk dan gelisah seharian. Berada di negara baru, kami tidak tahu bagaimana menangani keadaan itu. Setelah mendapat nasihat daripada rakan yang tinggal di KL, kami membawanya ke Bilik Kecemasan di Hospital Pantai, di mana doktor yang bertugas untuk pemeriksaan awal mengesahkan anak kami menghidapi keradangan apendiks dan telah merujuk kami kepada Dr. Nada.

Walaupun ianya pada hari Ahad, Dr. Nada telah bersama kami dalam beberapa jam dan beliau dengan sabar memberi penjelasan kepada kami tentang proses yang terbaik dan bagaimana pembedahan Laparoskopi akan membantu Vanya. Pada Petang yang sama, surgeri tersebut telah dilakukan oleh Dr. Nada dan beliau telah mengurus anak perempuan saya secara peribadi dan meredakan kegelisahan kami. Keesokan harinya kami membuat penerbangan pulang ke India.

Sikapnya yang tenang dan mendengarkan pertanyaan kami serta memberi kami kekuatan untuk mengatasi semua kekhuatiran yang kami alami dalam keadaan darurat di negera asing. Dengan kepakarannya menangani situasi tersebut, Vanya menunjukkan pemulihan yang cepat dan keesokan harinya dia memberi kebenaran untuk anak saya pulang.

Saya berterima kasih kepada Dr. Nada untuk semua yang dilakukannya dan mengucapkan yang terbaik. Semua pesakitnya sangat beruntung kerana mendapat doktor yang berdedikasi.

Monica Nigam Sachdeva, ibu

Sebagai peringatan, berikut adalah beberapa tip penting untuk anda perlu ingat apabila anak anda mengalami kesakitan

Pada permulaan, bawa anak anda berjumpa doktor Pengamal Am (GP) untuk permulaan atau terus ke Bilik Kecemasan di hospital (sebaiknya satu dengan Pakar Surgeri Pediatrik):

  1. Sakit perut yang berterusan, lebih daripada 2 jam, tanpa bantuan.
  2. Cirit-birit lebih daripada 24 jam, terutamanya apabila mempunyai kesakitan pada bahagian bawah abdomen.
  3. Sakit perut dengan muntah, terutamanya apabila terdapat muntah hijau atau darah.
  4. Sakit perut serta terdapat darah dalam najis anak anda.
  5. Seorang kanak-kanak yang lebih muda yang hanya mahu berbaring, enggan dipeluk, tidak mahu disentuh.

Ingat, jika anak anda didiagnosis dengan appendisitis, dapatkan nasihat Pakar Bedah Pediatrik dan sebaik-baiknya seorang yang mempunyai pengalaman melakukan pembedahan lubang kunci (Laparoskopi Surgery). Pakar Surgeri Pediatrik dan sebaik-baiknya seseorang yang melakukan pembedahan laparoskopi atau lubang kunci.

Sekiranya anda mengunjungi Bilik Kecemasan di Hospital Pantai atau Hospital Glaneagles (Kuala Lumpur), anda boleh meminta doktor bertugas untuk merujuk anda kepada Dr Nada.

Kongsi siaran ini

Kongsi di facebook
Kongsi di twitter
Kongsi di LinkedIn
Kongsi pada WhatsApp
Langgan
Beritahu
tetamu
0 Komen-komen
Maklumbalas dalam baris
Lihat semua komen

Cari Blog Posts

Dr Nada Sudhakaran

Pakar Bedah Pediatrik & Ahli Urologi

Pakar Surgeri Pediatrik

Hospital

Bahasa yang digunakan

Waktu Klinik

Hospital Pantai Kuala Lumpur

+ 603-2296 0888

Gleneagles Kuala Lumpur

+ 603-4141 3821
+ 603-4141 3822
+ 603-4141 3823

Pusat Perubatan Prince Court

+ 603-2160 0000

Ikuti Dr Nada On Social

Latest Posts

Adakah anak anda menunjukkan simptom (penyakit)?

Muat turun Senarai Semak Kami dan Diagnosa Kanak-kanak Anda Lebih Baik

Dapatkan bantuan Untuk anak anda

Dalam 3 Langkah Mudah

Langkah 1

Buat Temujanji

Langkah 2

Terima Laporan Diagnosis

Langkah 3

Bincangkan Pilihan Rawatan