fbpx
English
English

Bersunat - adakah ianya sesuatu yang perlu atau bermanfaat untuk kanak-kanak lelaki di Malaysia?

Nada Sudhakaran
Pakar Bedah Pediatrik & Pakar Urologi

Bersunat - adakah ianya sesuatu yang perlu atau bermanfaat untuk kanak-kanak lelaki di Malaysia?

PENTING: Artikel ini hanyalah membincangkan mengenai sunat dari aspek PERUBATAN sama ada ianya perlu dilakukan atau sebaliknya. Ia tidak mengandungi pendapat dari segi agama/budaya di mana ia merupakan satu kebiasaan di Malaysia.

Bagi kaum lelaki, proses bersunat melibatkan pembuangan sebahagian atau seluruh bahagian kulup zakar. Bagi kebanyakan kanak-kanak lelaki di Malaysia, proses ini dilakukan atas sebab agama atau budaya. Ia biasanya dilakukan sebelum mereka baligh.

Zakar & kulup zakar anak anda - berkemungkinan menghadapi komplikasi

Apabila seorang bayi lelaki dilahirkan, kebanyakan bahagian kulup zakar bayi tidak dapat ditarik ke arah kepala zakar (glans penis). Ia adalah satu keadaan yang normal. Ianya dikenali sebagai phimosis fisiologikal (semula jadi/physiological phimosis).

Pada umur kira-kira 5 tahun, lebih kurang 10% kanak-kanak lelaki tidak dapat melakukannya manakala lebih kurang 10% daripada kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun pula tidak dapat melakukan perkara yang sama. Walau bagaimanapun, lebih kurang 1% daripada remaja lelaki tidak dapat menarik bahagian kulup zakar sepenuhnya.

Ketidakupayaan ini menyebabkan kesakitan semasa ereksi dan menghadapi masalah dengan fungsi seksualnya.

Ini adalah 1% daripada jumlah kanak-kanak lelaki yang mendapat manfaat daripada berkhatan setelah dinilai sebelum mereka baligh iaitu pada sekitar usia 10-12 tahun.

Secara perubatan, antara sebab lain untuk proses bersunat adalah kerana phimosis patologi (pathological phimosis) berlaku atau disebabkan kulit yang abnormal. Ia biasanya berlaku dalam bentuk parut atau ketebalan pada kulup zakar, yang diakibatkan daripada jangkitan atau trauma. Lebih kurang 0.1% berlaku pada kanak-kanak lelaki.

Bagi kulup yang normal, rembesan berminyak serta beberapa sel mati yang mungkin terkumpul di bawah kulup dan ia kelihatan seperti bahan kotoran yang berwarna putih, dipanggil smegma. Keadaan ini selalu terjadi jika kulup zakar tidak dapat ditarik dan bahagian dalamnya dicuci. Keadaan ini boleh menyebabkan jangkitan. Untuk merawat, adalah dengan meletakkan anak lelaki anda didalam tab mandi yang diisi denagan air suam bergaram dan kemudian disapukan ubat antibiotik yang diperolehi dari doktor. Kulup zakar tersebut akan pulih selepas beberapa hari.

Kanak-kanak lelaki harus diajar untuk menarik kembali kulup zakarnya ketika mereka sedang mandi dan semasa membuang air kecil. Jangkitan boleh dielakkan apabila mereka sentiasa membersihkan bahagian bawah kulup.

Berkhatan atau tidak telah menimbulkan banyak perdebatan di kalangan komuniti perubatan seluruh dunia. Risiko berkhatan serta faedah tidak disunat akan dinyatakan di sini. Ia berdasarkan bukti dan trend perubatan terkini yang terdapat di dunia perubatan.

Sebab-sebab untuk TIDAK berkhatan tanpa alasan perubatan (ianya tidak termasuk alasan agama)

  1. Kulup zakar mempunyai fungsinya yang tersendiri. Ini menjadikan kepala zakar lembut sementara kepala zakar yang disunat menjadi keratin (kering, kulit seperti menebal)
  2. Kulup zakar adalah tisu khusus yang kompleks - kulit yang berlapis, mengandungi mukosa serta otot. Ianya padat dengan saraf-saraf yang mudah terangsang. Ia adalah bahagian yang penting pada sistem kulit zakar dan bukanlah sesuatu ‘lebihan’.
  3. Sunat sangat menyakitkan. Apabila dilakukan pada bayi yang baru lahir, anestesia tempatan tidak mencukupi untuk membius sepenuhnya zakar. Bayi mengalami kesakitan yang berterusan selama tempoh penyembuhan, ketika luka terkena najis, air kencing, dan kerengsaan dari lampin. Kerengsaan lampin juga berisiko stenosis meatal (penyempitan uretra yang tidak normal).
  4. Sunat merosakkan fungsi perlindungan dan seksual kulup. Komplikasi pembedahan jarang berlaku tetapi merangkumi: pendarahan, jangkitan, stenosis meatal, lekatan, kematian dan kehilangan beberapa bahagian zakar, walaupun jarang berlaku. Sebilangan kanak-kanak lelaki mungkin mempunyai kulit yang terlalu banyak atau terlalu sedikit.
  5. Bagi bayi yang baru lahir, proses penyusuan susu ibu serta hubungan ibu dan anak mungkin juga akan terjejas.
  6. Secara keseluruhan, risiko jangkitan atau komplikasi pada kulup zakar yang normal adalah sekitar 0.1%. Manakala risiko komplikasi akibat daripada berkhatan adalah sekitar 1%. Dengan rutin kebersihan harian yang dilakukan pada kulup zakar, risiko jangkitan dapat dikurangkan serta amalan seks yang selamat dapat mengelakkan penyakit yang diakibatkan oleh amalan seks yang tidak selamat. Ini dilakukan melalui pendidikan, kesedaran dan penjagaan keselamatan diri.
  7. Sebilangan besar negara maju tidak melakukan sunat pada zakar yang normal, bahkan di AS sebelum ini kebanyakan kanak-kanak lelaki disunat ke atas bayi yang baru dilahirkan.

Manfaat Bersunat (tidak termasuk sebab agama)

  1. Penurunan risiko jangkitan saluran kencing.
  2. Mengurangkan risiko beberapa penyakit kelamin pada lelaki. Badan Kesihatan Dunia (World Health Organisation) mengesyorkan berkhatan untuk mengurangkan risiko ini.
  3. Mencegah keradangan pada bahagian hujung zakar (balanitis) dan juga keradangan pada penghujung serta kulup zakar (balanoposthitis)
  4. Mencegah ketidakupayaan untuk menarik kembali kulup (phimosis) serta kegagalan untuk kembalikan kulup zakar kepada tempat asalnya (paraphimosis)
  5. Bersunat juga memudahkan penjagaan kebersihan zakar.

Kesimpulannya…

Walaupun perbahasannya berterusan, keputusan untuk bersunat atau tidak adalah pilihan peribadi dalam menjaga kulup zakar atau sebaliknya.

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kita harus mengelakkan berkhatan untuk bayi tetapi berkhatan dilakukan kepada anak lelaki pada usia dia boleh berfikir sendiri mengenai tubuh badannya, iaitu apabila hampir pada usia baligh. Ianya bersesuaian dengan apa yang dipraktikkan ketika zaman tradisional dan juga budaya yang diamalkan di Malaysia.

Berkhatan bagi wanita dianggap sebagai mencacatkan alat kelamin (Genital Mutilation) dan tidak boleh diamalkan. Tiada faedah dalam menjalankan amalan ini. Bahkan teknik hirisan di mana jarum yang digunakan dalam proses tersebut, akan menyebabkan pendarahan, kesakitan serta trauma terhadap kanak-kanak tersebut. Keadaan ini juga akan meninggalkan kesan pada bahagian rosak itu.

Kongsi siaran ini

Kongsi di facebook
Kongsi di twitter
Kongsi di LinkedIn
Kongsi pada WhatsApp
Langgan
Beritahu
tetamu
0 Komen-komen
Maklumbalas dalam baris
Lihat semua komen

Cari Blog Posts

Dr Nada Sudhakaran

Pakar Bedah Pediatrik & Pakar Urologi

Pakar Surgeri Pediatrik

Hospital

Bahasa yang digunakan

Waktu Klinik

Hospital Pantai Kuala Lumpur

+ 603-2296 0419

Gleneagles Kuala Lumpur

+ 603-4141 3821
+ 603-4141 3822
+ 603-4141 3823

Pusat Perubatan Prince Court

+ 603-2160 0000

Komen Kotak ikon SVGDigunakan untuk ikon seperti, berkongsi, mengulas, dan reaksi
Terokai lagi

Ikuti Dr Nada On Social

Latest Posts

Adakah anak anda menunjukkan simptom (penyakit)?

Muat turun Senarai Semak Kami dan Diagnosa Kanak-kanak Anda Lebih Baik

Dapatkan bantuan Untuk anak anda

Dalam 3 Langkah Mudah

Langkah 1

Buat Temujanji

Langkah 2

Terima Laporan Diagnosis

Langkah 3

Bincangkan Pilihan Rawatan