fbpx
English EN Bahasa Melayu BM 简体中文 简体中文
English EN Bahasa Melayu BM 简体中文 简体中文

Testis tidak turun (Kriptorkismus): Apakah ia dan bagaimana cara merawatnya di Malaysia

Nada Sudhakaran
Pakar Bedah Pediatrik & Pakar Urologi

Testis tidak turun atau Kriptorkismus di Malaysia

"Mengapa testis anak saya hilang?" 

Ini adalah persoalan yang diajukan oleh ibu bapa di Malaysia apabila kerandut zakar (skrotum) bayi mereka kelihatan kempis atau ketika ianya disentuh. Ia adalah kecacatan kongenital yang dipanggil testis tidak turun atau Kriptorkismus. Keadaan ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pramatang. Tindakan awal hendaklah diambil bagi mengelakkan fungsi testis anak anda tidak terjejas.

Perbezaan antara Testis Retraktil vs Testis tidak turun(Kriptorkismus)

Menurut beberapa laporan, 3 dari setiap 100 bayi lelaki cukup bulan yang baru lahir menderita dari Kriptorkismus, tetapi ianya adalah anggaran yang berlebihan oleh kerana kebanyakkan kes sebenarnya adalah testis retraktil. Apabila pakar bedah paediatrik memeriksa testis bayi, beliau mungkin dapat mengalihkannya ke dalam skrotum. Apabila bayi menangis, merasa sejuk atau takut, testis akan menegak. Ini biasanya adalah testis retraktil. Walau bagaimanapun, satu dari setiap 100 bayi lelaki akan mengalami Kriptorkismus yang sebenar. Pakar surgeri paediatrik tidak dapat mengalihkan testis bayi ke dalam kerandut zakar (skrotum) atau disebakan ketiadaannya. Dengan ini, bayi tersebut memerlukan pembedahan untuk merawat testis.

Kriptorkismus atau testis tidak turun bermaksud bahawa testis bayi tidak turun dari rongga perut melalui ari-arinya (groin) dan ke dalam kerandut zakarnya. Ia mungkin dihalang oleh lekatan tisu-tisu semasa proses penurunan ke kerandut. Ia juga berkemungkinan disebabkan oleh endokrin (hormon dari testis) yang tidak normal. Sekiranya testis berada di laluan yang berlainan, seperti rongga yang tidak normal atau ianya berada di lokasi yang lain, ia disebut sebagai testis ektopik. Secara ringkasnya, testis bayi tersebut tidak sampai ke 'ruang' yang sepatutnya.

Sama ada Kriptorkismus yang dihidapi adalah dua hala (bilateral) atau sehala (unilateral), ia akan mempengaruhi fungsi testis bayi. Sebanyak 85% adalah sehala sementara 15% bersifat dua hala. Kebanyakan yang bersifat unilateral melibatkan testis bahagian kanan selepas kiri.

Untuk testis retraktil , otot kantung zakar (cremaster muscle) (yang mengelilingi tiub sperma dan pembuluh darah ke testis), adalah aktif. Ia menarik testis ke atas, ketika anak anda cemas, takut atau berada di bilik sejuk. Ia adalah reaksi psikologi yang normal. Ia juga dapat dilihat pada haiwan jantan yang berada dalam keadaan bahaya seperti pergaduhan, di mana testisnya akan ditarik ke dalam agar ianya 'disembunyikan'. Testis retraktil dianggap normal.

Tidak diketahui penyebab kepada Kriptorkismus yang terjadi pada bayi, namun syukurlah tidak ada peningkatan kes untuk beberapa tahun ini. Ia tidak seperti kes Hypospadia, iaitu suatu kelainan kelahiran zakar. Permasalahaan ini juga dianggap mempunyai kaitan dengan pencemaran alam sekitar. Walaupun kes Kriptorkismus tidak mempunyai peningkatan yang ketara, namun ia masih memberi kesan yang mendalam terhadap fungsi seksual bayi yang turut mempengaruhi kesuburan mereka. Adalah penting untuk melakukan surgeri pada waktu yang tepat. Ia adalah satu-satunya rawatan yang terbaik.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Profesor John Hutson, seorang profesor urologi pediatrik di University of Melbourne, Australia, terhadap haiwan, pembedahan awal untuk merawat permasalahaan ini dapat membantu meningkatkan kualiti sperma.

Operasi untuk memperbetulkan Kriptorkismus dilakukan pada usia 6 bulan.

Jika testis tidak turun ke skrotum pada usia bayi 6 bulan, bermakna ia langsung tidak akan turun. Dengan ini, surgeri adalah jalan yang terbaik.

Risiko dan masalah testis yang tidak diturunkan :

1) Testis terkilas.

2) Sperma tidak mencukupi (turut mempengaruhi kuantiti dan kualiti).

3) Kes kanser testis adalah lebih tinggi dikalangan pengidap Kriptorkismus berbanding mereka yang mempunyai testis yang normal.

4) Penampilan testis yang tidak normal (mengganggu psikologi pesakit).

Testis adalah seperti buah epal yang tergantung di tangkainya (tangkai pada testis mengandungi tiub sperma serta pembuluh darah). Testis tidak turun mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk manghadapi buah zakar terkilas (testicular torsion) dan menyebabkan aliran darah ke testis terhenti. Apabila ini terjadi, surgeri hendaklah dilakukan dengan segera. Sekira ianya gagal dirawat dalam masa 6 jam, testis pesakit tersebut tidak akan dapat diselamatkan, menyebabkan testis kanak-kanak tersebut akan kecut dan akan mengalami kerosakan kekal. Dengan ini, kanak-kanak yang mengalami kesakitan pada testis, terutamanya testis tidak turun, perlu segera berjumpa dengan pakar bedah kanak-kanak.

Kira-kira 10% daripada semua testis yang tidak turun adalah testis yang tidak dapat dirasa. Daripada jumlah tersebut, adalah disebabkan oleh ketidakhadiran testis, yang mungkin terbelit dan hilang semasa pembentukan fetus. Separuh lagi mungkin terletak di bahagian abdomen. Dengan ini, surgeri laparoskopi akan dilakukan.

Selepas surgeri, pesakit yang menghadapi Kriptorkismus satu hala (unilateral), kesuburan mereka tidak begitu terjejas berbanding dengan mereka yang normal. Tetapi bagi mereka yang yang menghidapi Kriptorkismus dua hala (bilateral), sperma yang dihasilkan adalah kurang berkualiti berbanding dengan lelaki normal.

Peratusan kanser menurun sebanyak 0.4% setelah pesakit Kriptorkismus dibedah.

Ibu bapa dapat mengenal pasti testis tidak turun semasa bayi mereka berada dalam keadaan tenang, tidur atau ketika mandi. Sekiranya anda tidak merasakan buah zakar ketika anda menyentuhnya, atau jika kantung zakar kosong, segeralah membawa anak anda ke pakar bedah paediatrik. Doktor pakar tersebut akan melakukan pemeriksaan yang terperinci. Imbasan ultrasound jarang digunakan untuk tujuan ini. Prosedur surgeri laparoskopi adalah lebih bertepatan.

Suhu di skrotum kira-kira 1° Celsius berbeza dari suhu di pangkal paha. Dengan perbezaan yang kecil ini dapat menentukan sama ada testis anak anda pada tahap sihat atau tidak. Oleh kerana ibu bapa tidak dapat mengesan keadaan sebenar testis anak mereka maka ia boleh meningkatkan risiko anak mereka menghidapi kanser testis.

Risiko lelaki normal menderita kanser testis adalah sekitar 1:1,000. Bagi kanak-kanak yang menghidapi Kriptorkismus yang menjalani pembedahan sebelum berumur 2 tahun risiko menghidapi kanser adalah rendah iaitu sekitar 0.4% (4:1000). Risiko ini meningkat kepada sekitar 1% (10:1000) jika pembedahan dilakukan setelah usia 12 tahun.

Apa yang paling penting adalah melakukan surgeri untuk memasukkan testis ke dalam kantung zakar. Setelah itu, testis akan akan berfungsi dengan sendirinya serta mudah untuk mengenalpasti sebarang ketumbuhan/tumor yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

Surgeri Lubang Kunci (Laparoscopic Surgery) untuk testis yang tidak kelihatan.

Surgeri Kriptorkismus dilakukan berdasarkan kepada dua keadaan, iaitu surgeri secara tradisional dan juga surgeri lubang kunci (Laparoscopic Surgery). Sekiranya testis berada di pangkal paha bayi, pembedahan tradisional dapat dilakukan, tetapi sekiranya testis tidak diketahui kedudukannya, maka surgeri laparoskopi dilakukan bagi untuk mencarinya dalam perut.

Untuk pembedahan tradisional, torehan akan dilakukan di pangkal paha dan kantung zakar, masing-masing sekitar 1 - 1.5 cm. Apabila kedudukan testis dikenal pasti, ianya hendaklah dilepaskan dari sebarang struktur yang menghalangnya. Kemudian, testis akan dialihkan ke dalam skrotum. Surgerinya cepat dan boleh dilakukan dalam masa sehari. Prosedurnya dilakukan pada waktu pagi dan anak anda akan keluar selepas waktu makan tengahari. Rawatan susulan dilakukan 1 minggu kemudian untuk memeriksa luka dan 3 bulan kemudian untuk memeriksa kedudukan dan kualiti testis.

Sekiranya testis tidak dapat dikesan kedudukannya, surgeri lubang kunci atau laparoskopi akan dilakukan. Semasa laparoskopi dilakukan, testis pesakit menyusut dengan ketara (atropik testis), ia akan dikeluarkan. Ini mungkin disebabkan oleh kilasan testis yang terjadi sebelum bayi itu dilahirkan. Ia dikeluarkan untuk mengelakkan risiko pembentukan tumor pada masa hadapan terhadap testis yang tidak normal dan tidak berfungsi itu.

Sekiranya testis adalah dalam keadaan yang sihat disertai dengan pembuluh darah yang panjangannya mencukupi hingga ke skrotum, testis pesakit akan dibawa kebawah berhampiran dengan skrotum. Ini dilakukan dalam satu prosedur yang sama. Walau bagaimanapun, jika pembuluh darah tidak cukup panjang, prosedur ini akan dilakukan dalam 3 tahap. Prosedur seterusnya ini dilakukan dibawah bius am (anaesthesia). Prosedur kedua dan terakhir ini dilakukan XNUMX bulan kemudian. Ia merupakan pembedahan terbuka untuk testis tidak turun dan prosedur ini tidak memerlukan anak anda bermalam di hospital.

Tidak ada jahitan pada testis

Teknik yang sering dipraktikkan oleh pakar bedah pediatrik (tidak pada semua pakar bedah dewasa) dalam merawat testis tidak turun ini adalah dengan mengalihkan testis ke dalam poket yang dibuat di skrotum tanpa banyak luka jahitan pada testis. Surgeri yang dijalankan itu tidak akan mengganggu pelindung tebal semula jadi testis.

Sama ada surgeri secara tradisional atau melalui cara laparoskopi, hasil rawatan adalah sama iaitu :

1) Mengelakkan risiko terkilas dan kecederaan pada testis.

2) Meningkatkan kualiti sperma.

3) Mengurangkan risiko kanser dan membuat pemeriksaan sendiri.

4) Menjadikan ia kelihatan baik.

Risiko Kriptorkismus lebih tinggi pada bayi pramatang.

Bayi pramatang mempunyai risiko Kriptorkismus yang lebih tinggi daripada bayi yang dilahirkan cukup bulan. Pakar surgeri paediatrik akan mempertimbangkannya sebelum memutuskan bahawa bayi tersebut menghidapi testis tidak akan turun sendiri dan merancang untuk surgeri. Kejadian Kriptorkismus adalah konsisten di seluruh dunia dari segi kumpulan etnik atau latar belakang keluarga.

Akhir sekali, kita di Malaysia mengiktiraf Oktober sebagai Bulan Kesihatan Wanita dari Kempen Pink Ribbon. Ia menekankan nilai dan kepentingan pemeriksaan diri untuk wanita. Sayangnya ramai di sini tidak mengetahui bahawa bulan November adalah Bulan Kesihatan Lelaki. Jadi, kami menekankan kepentingan pemeriksaan testis sendiri. Kesihatan dan kesedaran mengenai masalah prostat juga diketengahkan.

Lelaki juga harus memperhatikan kesihatan mereka sendiri seperti wanita. Bagi pihak bapa, mereka harus terlebih dahulu melakukan pemeriksaan sendiri dan menyedari diri mereka sendiri dan sebagai tambahan, untuk menjelaskan tentang asas kesedaran diri dan latihan ini kepada anak-anak lelaki mereka apabila tiba waktunya, biasanya pada akhir usia remaja mereka. Memerhatikan testis bayi anda dari awal juga akan membantu mengenal pasti dan mengatasi sebarang masalah pada waktu yang sesuai.

 Diterbitkan di Sin Chew Daily pada 2020-03-20
https://easily.sinchew.com.my/node/2537/ dalam bahasa Mandarin.

Kriptorkismus

Lihat versi Bahasa Cina di blog ini SINI

Kongsi siaran ini

Kongsi di facebook
Kongsi di twitter
Kongsi di LinkedIn
Kongsi pada WhatsApp
Langgan
Beritahu
tetamu
0 Komen-komen
Maklumbalas dalam baris
Lihat semua komen

Cari Blog Posts

Dr Nada Sudhakaran

Pakar Bedah Pediatrik & Pakar Urologi

Pakar Surgeri Pediatrik

Hospital

Bahasa yang digunakan

Waktu Klinik

Hospital Pantai Kuala Lumpur

+ 603-2296 0888

Gleneagles Kuala Lumpur

+ 603-4141 3821
+ 603-4141 3822
+ 603-4141 3823

Pusat Perubatan Prince Court

+ 603-2160 0000

Komen Kotak ikon SVGDigunakan untuk ikon seperti, berkongsi, mengulas, dan reaksi

Facebook

24 November 2020, 16: 37

Pakar Bedah Kanak-kanak Dr Nada

Adakah anda tahu bahawa Apendisitis adalah keadaan kecemasan pembedahan yang paling biasa untuk kanak-kanak di Malaysia?

- Apakah Lampiran?
- Apa itu Apendisitis?
- Apa simptomnya?
- Bagaimana ia boleh dirawat di Malaysia.

Dan tahukah anda bahawa pembedahan apendisitis (apendektomi) boleh dilakukan melalui kaedah lubang kunci (laparoskopi)?

Ini mengakibatkan luka dan parut yang minimum dan pesakit boleh keluar dari hospital dalam jangka masa yang lebih pendek berbanding pembedahan terbuka.

Ketahui SEMUA mengenai Apendisitis dan rawatan di sini >>

www.drnadachildsurgeon.com/resources/appendicitis-in-children-what-is-it-and-how-it-can-be-treate ...

---

Hai, saya Dr. Nada, pakar bedah pediatrik yang pakar dalam Pembedahan Lubang Kunci - prosedur yang membantu anak anda mengalami kurang kesakitan, sembuh lebih cepat & memberi anda ketenangan fikiran. Saya berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia.
... See MoreLihat Kurang

Tambah lagi

Ikuti Dr Nada On Social

Latest Posts

Adakah anak anda menunjukkan simptom (penyakit)?

Muat turun Senarai Semak Kami dan Diagnosa Kanak-kanak Anda Lebih Baik

Dapatkan bantuan Untuk anak anda

Dalam 3 Langkah Mudah

Langkah 1

Buat Temujanji

Langkah 2

Terima Laporan Diagnosis

Langkah 3

Bincangkan Pilihan Rawatan