fbpx
English
English

Apakah Lidah Pendek (Tongue Tie) pada bayi & kanak-kanak - sebab, simptom & rawatan di Malaysia

Nada Sudhakaran
Pakar Bedah Pediatrik & Pakar Urologi

Apakah Lidah Pendek (Tongue Tie) pada bayi & kanak-kanak - sebab, simptom & rawatan di Malaysia

Apakah Lidah Pendek (Ikatan Lidah)?

Lidah Pendek or ankyloglossia adalah keadaan di mana pergerakan lidah bayi adalah terhad, semasa kelahiran.

lidah pendek, turut mengakibatkan tisu membran adalah pendek, tebal atau melekat pada tisu tersebut.frenulum lingual) dengan ini, ia melekat paa bahagian bawah lidah, serta lidah terletak pada bahagian bawah mulut, mulut, sehingga boleh mengganggu penyusuan.

Keseriusan adalah berbeza bergantung kepada keadaan posterior lidah pendek tersebut (di mana disebabkan ketebalan, keletakannya serta sudut posterior lidah itu sendiri dan lantai mulut), yang mungkin tidak begitu jelas. Keadaan amatlah serius apabila hujung lidah kanak-kanak tersebut menghasilkan penampilan berbentuk hati pada hujung lidah.

Tongue Tie Malaysia
Foto di atas: Perhatikan frenelum lidah bayi ini yang terletak dibawah lidah. Akibatnya, bayi mengalami masalah ketika makan dan ibunya mengalami kesakitan serta kecederaan pada puting. Keadaan bayi bertambah baik selepas pelepasan frenelum lidahnya.

Seseorang yang mempunyai lidah pendek mungkin mengalami kesukaran untuk menjulurkan lidahnya. Lidah pendek juga boleh mempengaruhi cara anak anda makan, bercakap dan menelan.

Walau bagaimanpun, ada juga keadaan dimana lidah pendek tidak mendatangkan masalah. Ia mungkin hanya memerlukan prosedur surgeri yang mudah untuk dibetulkan.

Perkara yang paling penting adalah untuk mengetahui sama ada lidah pendek tersebut mengganggu fungsi lidah bayi atau kanak-kanak. Juga untuk mengetahui apakah keadaan itu akan menjadi satu masalah pada masa hadapan?

Apa yang Menyebabkan Lidah Pendek (Ikatan Lidah)?

Semasa janin membesar, lidah turut mengalami perkembangan, iaitu dari belakang mulut bergerak ke arah hadapan bersama-sama membran yang berada dibawah lidah. Membran akan hilang sebelum bayi dilahirkan. Walau bagaimanapun, keadaan tidak sama bagi setiap bayi yang dilahirkan. Sesetengah bayi akan mempunyai keadaan lidah yang nipis, lemah, manakala mungkin juga lidah mereka tebal dan pendek. Keadaan ini membuatkan kanak-kanak tersebut mengalami pergerakan lidah yang terhad. Keadaan ini turut berlaku pada ahli keluarga yang lain, contoh sekiranya salah seorang dari ibu bapa mempunyai kelainan lidah pendek, maka bayi tersebut mempunyai risiko lidah pendek.

Terdapat beberapa jenis lidah pendek (ikatan lidah)...

Secara amnya Klasifikasi Hazelbaker (seperti di bawah) digunakan secara meluas untuk menerangkan jenis-jenis lidah pendek yang sedia ada.

Klasifikasi Hazelbaker

Jenis I: frenulum yang nipis dan elastik; ianya melekat pada hujung lidah ke bahagian dalam rongga mulut (alveolar ridge), dan lidah membentuk seperti jantung.

Jenis II: frenulum yang nipis dan elastik; terletak XNUMX–XNUMXmm di belakang hujung lidah, melekat di tepi rongga mulut).

Jenis III: frenulum tebal, berserabut, dan tidak elastik; terlekat pada bahagian tengah lidah ke lantai mulut.

Jenis IV: frenulum yang tidak kelihatan, tetapi dirasai, berserabut/berserat atau submucosal yang tebal dan berkilat dari pangkal lidah ke lantai mulut.

Walau bagaimanapun, penilaian Tabby iaitu suatu kaedah penilaian yang lebih sederhana untuk lidah pendek boleh digunakan untuk menilai keadaan anak anda.

Alat penilaian Tabby

Apakah Simptom Lidah Pendek (Ikatan Lidah)?

Simptom-simptom mungkin muncul pada tahap yang berbeza dalam kehidupan sesorang kanak-kanak.

Walaupun Jenis I adalah serius serta mungkin jelas kelihatan pada saat bayi lahir berkemungkinan besar menyebabkannya menghadapi masalah semasa penyusuan susu ibu. Masalah lain mungkin timbul apabila usia anak anda meningkat.

Jenis-jenis lidah pendek II hingga IV mungkin tidak begitu jelas dan sukar untuk disahkan keadaannya turut menimbulkan masalah apabila anak tersebut membesar.

Kita akan menerangkan apakah lidah pendek serta implikasinya serta isu semasa Penyusuan Susu Ibu, pertuturan, isu Pergigian dan isu Saluran Pernafasan.

Masalah Lidah Pendek dan isu Penyusuan

Bagi memastikan penyusuan susu ibu yang berkesan, lidah bayi hendaklah melekap pada bahagian bawah payudara / puting ibu dan menarik seluruh puting ke dalam mulut sementara gusi atas mengurut pada payudara (bukan puting atau areolar), di mana susu disimpan. Keadaan ini membolehkan susu disedut ke dalam mulut bayi (lihat rajah di bawah).

Masalah Lidah Pendek dan isu Penyusuan

Akibat daripada lidah pendek, lidah tidak dapat menonjol keluar dengan cukup, dengan ini bayi tidak dapat menyedut dengan betul agar penyusuan susu ibu berlaku.

Apabila percubaan untuk menyedut susu tidak berjaya, ia akan menghasilkan suatu bunyi 'klik'.

Simptom lidah pendek yang menyebabkan masalah penyusuan susu ibu adalah:

  • si ibu akan trauma akibat daripada kesakitan yang dialami,
  • bunyi 'klik' ketika bayi yang mempunyai lidah pendek ketika melepaskan sedutan pada payudara ibu,
  • mengambil jangka masa yang panjang atau kerap ingin menyusu,
  • susu akan meleleh keluar ketika proses penyusuan,
  • menghisap dan menelan udara sehingga menyebabkan kembung perut,
  • rasa tidak puas hati / kecewa setelah susu tidak mencukupi dan memerlukan makanan tambahan,
  • penyahhidratan atau penyakit kuning yang berpanjangan,
  • kehilangan minat untuk meminum susu serta penurunan berat badan.

Isu Lidah Pendek dan Pertuturan

Menurut pendapat dari Kolej Pediatrik, UK, tidak semua lidah pendek akan menyebabkan masalah pertuturan.

Walau bagaimanapun masalah pertuturan tidak akan dapat diketahui sehingga usia 2 atau 3 tahun.

Sekiranya timbul masalah pertuturan, mereka mungkin mengalami kesulitan untuk menyebut perkataan tertentu yang mempunyai bunyi "th", "da", "la" atau "rrrr" kerana lidah mereka tidak dapat menyentuh lelangit mulutnya untuk menutup pembukaan yang ada. Ini mungkin akan menyebabkan pertuturan mereka tidak jelas.

Seorang ahli terapi pertuturan diperlukan untuk membuat penilaian sebelum serta selepas keadaan lidah pendek tersebut diperbaiki.

Isu Lidah Pendek dan Pergigian

Salah satu fungsi lidah adalah membersihkan gigi selepas makan.

Ini biasanya merupakan proses tanpa dan ianya tidak dapat dilakukan sekiranya kanak-kanak mengalami lidah pendek. Keadaan ini menyebabkan zarah makanan terperangkap di antara gigi dan menyebabkan anak anda mengalami karies gigi.

Salah satu lagi fungsi lidah adalah mengatur perkembangan kerangka wajah serta kedudukan rahang atas dan gigi.

Dengan kedudukan lidah yang rendah (lihat gambar rajah di bawah), gigi atas akan berada di kedudukan yang lebih sempit dan akan menonjol ke hadapan sehingga menyebabkan maloklusi pada bahagian sisi dan atau gigi depan akan menonjol.

Gambar rajah di atas: Semakin rendah kedudukan lidah, lengkungan lelangit yang lebih tinggi dan rahang bahagian atas akan semakin sempit.

Isu Lidah Pendek dan Saluran Pernafasan

Potensi masalah lain yang mungkin berlaku akibat daripada lidah pendek akan menyebabkan lelangit kanak-kanak akan melengkung. Ini menyebabkan saluran udara di hidung menjadi sempit.

Dengan itu, sebilangan kanak-kanak boleh mengalami pernafasan melalui mulut yang kronik

Mereka juga mungkin mengalami saluran udara yang terhalang semasa tidur. Keadaan ini berlaku semasa mereka kanak-kanak, apabila mereka berdengkur semasa tidur. Keadaan berubah apabila mereka meningkat dewasa apanbila berhadapan dengan masalah saluran pernafasan apnea yang terhalang.

lihat penjelasan di bawah

Gambar kiri : lidah pendek mewujudkan ruang rehat lidah yang rendah serta kedudukan gigi atas yang sempit dengan lengkungan lelangit yang tinggi. Ia boleh menyebabkan lengkungan atas menjadi sempit, postur mulut kanak-kanak dalam terbuka serta kronik, dan kedudukan gigi yang tidak stabil. Ini akhirnya akan mewujudkan laluan saluran udara hidung yang sempit.

Kanak-kanak yang mengalami lidah pendek kerap bernafas melalui mulut. Mereka cenderung membuka mulut sepanjang masa dan bahkan boleh berdengkur ketika masih kecil, yang merupakan suatu keadaan tidak normal.

Gambar kanan : keadaan lidah yang normal akan berada di bahagian atas mulut dan bersentuhan dengan lelangit. Ini mendorong gigi bahagian atas mempunyai ruang yang lebih luas.

Apakah Rawatan untuk Lidah Pendek (Ikatan Lidah)?

Frenulotomi adalah istilah yang digunakan untuk memotong ikatan lidah.

Dalam beberapa bulan setelah dilahirkan, prosedur ini dapat dilakukan dengan selamat di wad ketika bayi baru dilahirkan atau boleh dilakukan sebagai pesakit luar.

Titisan sukrosa diberikan kepada bayi secara lisan bagi mengurangkan sensasi kesakitan. Setelah bayi dibedung dengan baik, pembantu saya biasanya memegang kepala bayi dan mulut bayi akan dibuka. Retraktor lidah digunakan untuk mengangkat lidah pada kedudukan selamat apabila frenelum dipotong. Ianya bertepatan dengan kedudukan lidah dan lantai mulut sehingga lidah kanak-kanak tersebut dapat dilepaskan.

Bagi pakar surgeri, secara nyata proses ini hanya memakan masa selama 3 saat dan bayi tersebut hanya akan alami kesakitan pada jangka masa yang amat pendek. Setelah ini tidak perlu ada rasa sakit lagi.

Dengan memberi sedikit tekanan, serta meletakkan kain kasa di kawasan yang akan dipotong. Ini bagi melengahkan pendarahan akibat daripada pemotongan pada urat-urat kecil. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian bayi akan diserahkan pada ibu untuk disusukan secara langsung.

Para ibu akan merasakan terdapatnya kemajuan dengan segera dalam cara bayi anda menyusu tanpa sebarang kesakitan. Anda akan melihat permukaan berbentuk berlian pada bahagian bawah lidah bayi anda. Keadaan ini akan sembuh dengan pantas (lihat gambar di bawah).

Penjagaan yang paling penting adalah mendorong anak anda untuk menggerakkan lidahnya. Ini akan menghalang keadaan sebelumnya daripada kembali.

Saya selalunya mengajar ibu bapa bagaimana untuk melakukan ini selepas ianya berjaya dipisahkan.

Masa terbaik untuk melakukan pemotongan akibat daripada lidah pendek adalah setelah beberapa minggu bayi anda dilahirkan.

Prosedur untuk memperbaiki kelainan lidah pendek tidak memerlukan masa yang lama serta berisiko rendah. Disebabkan ini, ianya turut tidak melibatkan bius am. Para ibu dapat menikmati proses penyusuan bayi dan tidak perlu risau akan kesan daripada lidah pendek untuk terjadi lagi pada anak anda pada masa hadapan.

Manfaat yang diperolehi daripada prosedur ini adalah melebihi daripada risiko yang mungkin dihadapi. Lebih awal ianya dilakukan adalah lebih untuk si ibu dan juga anaknya.

Bagi kanak-kanak berumur yang melebihi dari 1 tahun, mereka biasanya memerlukan bius am untuk menjalani prosedur.

Sebilangan besar kanak-kanak yang "terlepas" melepaskan ikatan lidah mereka ketika bayi akan menyampaikan kepada saya pada usia 2 hingga 3 tahun dengan masalah pertuturan.

Prosedur bius am yang melibatkan penggunaan gas anastesia semasa diruang operasi agar kanak-kanak tersebut tertidur. Saya akan menggunakan instrumen bipolar untuk memotong serta menutup membran.

Setelah itu, beberapa jahitan digunakan untuk menutup kawasan yang berbentuk berlian tersebut untuk mempercepatkan proses pemulihan serta mengurangkan risiko penyambungan tisu.

Setelah itu, kanak-kanak tersebut diajar untuk membuat beberapa latihan lidah yang boleh dilakukan di rumah agar keadaan lidah mereka menjadi normal dalam masa yang singkat.

Pesakit kecil saya yang berani, selepas lidahny pendeknya dilepaskan melalui prosedur melibatkan bius am.

Dia tidak pernah dapat menjulurkan lidahnya dari mulutnya dan perkara pertama yang dia minta adalah untuk menjilat ais krim.

Hasil (Prognosis) Daripada Rawatan Ikatan Lidah

Risiko utama yang dihadapi dalam prosedur pelepasan tali pendek adalah pendarahan serta penggabungan kembali. Walau bagaimanapun, risikonya sangat kecil (adalah amat jarang sekali untuk pendarahan berlaku ketika bayi menyusu dan risiko penyambungan semula adalah sekitar 1 dari 1500).

Sebilangan besar hubungan antara ibu and si anak semakin baik. Dengan teknik penyusuan susu ibu yang lebih baik, pengeluaran susu ibu juga akan bertambah.

Semasa kajian kami pada tahun XNUMX (lihat di bawah) ke atas simptom yang boleh kami gunakan untuk meramalkan penghasilan yang baik selepas pelepasan lidah pendek ini adalah, trauma yang dihadapi oleh si ibu semasa menyusukan bayi mereka serta hubungan ibu dan anak bertambah baik secara serta merta.

Klik gambar di atas untuk membaca artikel.

Pemulihan selepas pelepasan di bawah bius am juga sangat cepat.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan digalakkan untuk mengikuti terapi pertuturan untuk mempelajari cara pergerakan lidah mereka secara betul.

Saya turut diberitahu sesuatu oleh ibu bapa setelah pelepasan lidah pendek, adalah :

"Saya harap saya melakukan ini lebih awal atau ketika dia masih bayi"

Testimoni dari ibu bapa yang bayinya dirawat oleh Dr Nada...

Kongsi siaran ini

Kongsi di facebook
Kongsi di twitter
Kongsi di LinkedIn
Kongsi pada WhatsApp
Langgan
Beritahu
tetamu
2 Komen-komen
tertua
Terbaru Paling Popular
Maklumbalas dalam baris
Lihat semua komen
nurul

hai, pada usia berapa kanak kanak blh di bius? anak saya sekarang 1y 7m baru menyedari ada yang tidak kena dengan lidahnya. sebelum ini saya ada perasan tetapi semua orang mengatakan "biasala tu masih kecil", kemudian pergi ke doktor gigi dan dia berkata "ye lidah dia pendek".

Terakhir diedit 3 bulan yang lalu oleh nurul
Dr Nada

Helo Nurul,

Anak boleh di bius bila-bila sahaja jika perlu. Baik saya jumpa anak Dan bincang apa yang perlu dibuat.

Tentukan janji temu dengan saya mengikut kehendak anda.

Cari Blog Posts

Dr Nada Sudhakaran

Pakar Bedah Pediatrik & Pakar Urologi

Pakar Surgeri Pediatrik

Hospital

Bahasa yang digunakan

Waktu Klinik

Hospital Pantai Kuala Lumpur

+ 603-2296 0419

Gleneagles Kuala Lumpur

+ 603-4141 3821
+ 603-4141 3822
+ 603-4141 3823

Pusat Perubatan Prince Court

+ 603-2160 0000

Komen Kotak ikon SVGDigunakan untuk ikon seperti, berkongsi, mengulas, dan reaksi

Facebook

27 April 2021, 16: 30
Pakar Bedah Kanak-kanak Dr Nada

【腹痛 😖 恶心 呕吐 🤮 便秘 腹泻?】 [这些 都有 可能 是 盲肠炎 的 征兆!] 若 发现 孩童 有 以上 症 先 别慌 , 可以 透过 “钥匙 孔” 手术 来 切除 :

🐻 将 疼痛 降到 最低
🐻 减少 住院 时间
🐻 防止 曲 丑 疤痕

医生 更多 , 可 咨询 知名 儿童 外科 医生 Dr Nada , 或 浏览 其 网页 寻找 更多 有关 “钥匙 孔” 手术 的 详情 : https: //www.drnadachildsurgeon.com/

#DrNada #DrNadaPakar Bedah Kanak-kanak
... See MoreLihat Kurang

【腹痛 😖 恶心 呕吐 🤮 便秘 腹泻?】 [这些 都有 可能 是 盲肠炎 的 征兆!] 若 发现 孩童 有 以上 症 先 别慌 , 可以 透过 “钥匙 孔” 手术 来 切除: 🐻 将 疼痛 降到 最低 🐻 减少 减少医生 时间 🐻 防止 曲 丑 疤痕 欲知 更多 , 可 咨询 知名 儿童 外科 医生 Dr Nada , 或 浏览 其 网页 寻找 更多 有关 “钥匙 孔” 手术 的 详情 : https: //www.drnadachildsurgeon.com/ #DrNada # DrNadaChildSurgeon
Terokai lagi

Ikuti Dr Nada On Social

Latest Posts

Adakah anak anda menunjukkan simptom (penyakit)?

Muat turun Senarai Semak Kami dan Diagnosa Kanak-kanak Anda Lebih Baik

Dapatkan bantuan Untuk anak anda

Dalam 3 Langkah Mudah

Langkah 1

Buat Temujanji

Langkah 2

Terima Laporan Diagnosis

Langkah 3

Bincangkan Pilihan Rawatan