fbpx
English EN Bahasa Melayu BM 简体中文 简体中文
English EN Bahasa Melayu BM 简体中文 简体中文
Nada Sudhakaran
Pakar Bedah Pediatrik & Pakar Urologi

Usianya hampir mencecah dua bulan dan menjadi kebanggaan ibu dan ayah yang selama ini hampir sedekad menantikan kehadirannya.

Namun, sinar gembira yang diharapkan berubah mendung sejurus si kecil disahkan mengalami penyakit refluks gastroesofagus (GER) lalu menyebabkannya mengeluarkan semula susu yang diminum hingga seluruh tubuh berubah kebiruan.

Lebih malang apabila ia berlaku setiap hari sehingga ibu dan bapanya tiada pilihan selain melakukan pembedahan laparoskopik atau lubang cincin agar si anak dapat hidup normal seperti bayi lain.

Refluks gastroesofagus

Refluks gastroesofagus biasanya berlaku apabila asid perut iaitu refluks menolak ke atas isi di dalamnya, ke arah esofagus ketika atau selepas makan.

Esofagus adalah tiub yang menghubungkan mulut ke perut. Otot berbentuk cincin di bawah esofagus yang boleh menguncup dan mengembang bertindak membenarkan makanan masuk ke dalam perut.

Otot ini dikenali sebagai sfinkter esophageal bawah atau LES, yang biasanya dibuka untuk melepaskan gas selepas makan.

Namun bagi bayi yang mengalami masalah ini, kandungan dalam perut sering meledak atau refluks ke esofagus dan keluar ke mulut - menyebabkan bayi terbabit memuntahkan atau mengeluarkan susu yang diminumnya sebelum itu.

Refluks gastroesofagus

Refluks gastroesofagus ini juga boleh berlaku kepada bayi apabila batuk, menangis atau dalam keadaan tertekan.

Ada yang mengaitkan penyakit ini dengan keadaan bayi tersedak susu manakala golongan golongan dewasa mengatakan ia adalah masalah sakit ulu hati.
Secara asasnya, GER biasa berlaku dalam kalangan bayi sihat. Lebih separuh daripada bayi yang dilahirkan mengalami refluks dalam tempoh tiga bulan pertama hidupnya, tetapi kebanyakan tidak lagi muntah atau mengeluarkan semula susu pada usia 12 hingga 24 bulan.

Hanya sebilangan kecil bayi yang mengalami simptom akut antaranya muntah setiap kali setelah diberi minum susu, sentiasa batuk, sering meragam, makanan sukar hadam dan ada darah pada najis.

Dalam sesetengah kes, GER menyebabkan gejala yang menimbulkan kebimbangan seperti pertumbuhan yang lemah disebabkan oleh ketidakupayaan untuk menahan atau menghadam makanan yang mencukupi, sentiasa meragam atau enggan makan berikutan rasa sakit berpanjangan, kehilangan darah akibat asid yang menjejaskan esofagus dan sering mengalami masalah pernafasan.

Menurut Perunding Pembedahan Neonatal dan Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Nada Sudhakaran, penyakit refluks gastroesofagus sering berlaku ke atas bayi dan kanak-kanak tetapi lazimnya keadaan itu akan mulai berkurangan selepas satu tahun hingga tidak memerlukan rawatan.
"Kaedah penyusuan bayi yang tidak betul khususnya di kalangan ibu muda, antara punca kepada penyakit ini. Tetapi setelah dirawat atau ditukar teknik penyusuan, penyakit ini akan pulih terutamanya apabila meningkatnya usia kanak-kanak itu.

"Bagi sesetengah kes, rawatan dengan ubat penghalang asid sudah memadai yang mana ia menghalang penambahan asid dalam perut.
"Bagaimanapun bagi kes bayi berusia dua tahun, boleh dikatakan pesakit mengalami refluks gastroesofagus yang agak kronik dan memerlukannya menjalani pembedahan laparoskopik bagi memperbaiki bahagian saluran injap antara esofagus dan mulut.

"Pembedahan laparoskopik atau lubang kunci ini dipilih berbanding pembedahan konvensional kerana ia kurang risiko dan tidak perlu memotong bahagian otot untuk sampai ke kawasan itu," katanya.

Tambah Dr Nada, pembedahan laparoskopik adalah alternatif baru untuk mengatasi GER kerana ia tidak meninggalkan kesan parut yang ketara sehingga menjejaskan rutin harian.

"Pembedahan ini tidak memerlukan bahagian badan dipotong atau dibedah, cukup dengan tebukan tiga atau empat lubang kecil sebesar tiga milimeter bagi membolehkan kamera dan peralatan pembedahan dikenali instrumen masuk ke dalam badan.

"Tebukan lubang itu juga tidak akan meninggalkan parut ketara kerana secara asasnya otot di bahagian terbabit diregang untuk memudahkan kemasukan peralatan dan akan ditutup dengan gam perubatan selepas pembedahan," katanya.

Berbanding pembedahan tradisional, pesakit yang dirawat menerusi laparoskopik tidak memerlukan dos bius yang tinggi dan mengalami kadar komplikasi yang rendah.

"Masa di hospital juga lebih pendek dan pemulihan segera, sekali gus mengurangkan ketidakselesaan pesakit serta tidak memerlukan insisi.
"Pesakit juga biasanya dibenarkan kembali ke rumah selepas tiga hari dan boleh melakukan aktiviti harian tanpa risiko kesan sampingan," katanya.
Selain refluks gastroesofagus, pembedahan laparoskopik boleh dijalankan ke atas bayi yang mengalami atresia, hernia, exomphalos dan anomali paru-paru kongenital.

Atresia ialah keadaan tidak ada atau tertutupnya lubang badan normal secara kongenital. Bayi tidak mempunyai lubang di tempat yang seharusnya ada saluran atau rongga tubuh.

Ia berlaku apabila pembentukan esofagus tidak sempurna iaitu gut depan tidak terpisah dengan sempurna. Keadaan ini menyebabkan air susu yang diminum mudah termasuk ke saluran paru-paru, menyebabkannya sentiasa batuk.

Hernia juga dikenali sebagai angin pasang, biasanya dialami bayi atau kanak-kanak lelaki. Ia berlaku apabila otot lemah menyebabkannya terbonjol keluar sehingga boleh kelihatan daripada kulit badan.

Exomphalos pula adalah masalah usus terkeluar daripada kulit abdomen tetapi ada membran yang menutupinya iaitu lapisan dari tali pusat. Masalah ini boleh dikesan lebih awal sejak bayi dalam kandungan menerusi ujian imbasan.

Pembedahan melalui tebukan di pusat

Pembedahan dilakukan untuk memasukkan semula usus ke dalam abdomen melalui tebukan di pusat.

Anomali paru-paru kongenital pula adalah keadaan di mana bayi lahir dengan paru-paru tidak sempurna iaitu udara boleh masuk ke dalam paru-paru tetapi tidak boleh keluar.

Doktor akan membuat pembedahan membuang bahagian paru-paru terlibat. Bahagian paru-paru yang elok boleh tumbuh semula jika pembedahan dijalankan sebelum bayi berusia dua tahun.

Pembedahan laparoskopik dilakukan untuk mengatasi masalah ini dengan satu lubang untuk memasukkan kamera manakala dua lubang untuk memasukkan instrumen.

Artikel ini diterbitkan pada http://www.kesihatanmalaysian.com/risiko-penyusuan-salah/

Kongsi siaran ini

Kongsi di facebook
Kongsi di twitter
Kongsi di LinkedIn
Kongsi pada WhatsApp
Langgan
Beritahu
tetamu
0 Komen-komen
Maklumbalas dalam baris
Lihat semua komen

Cari Blog Posts

Dr Nada Sudhakaran

Pakar Bedah Pediatrik & Pakar Urologi

Pakar Surgeri Pediatrik

Hospital

Bahasa yang digunakan

Waktu Klinik

Hospital Pantai Kuala Lumpur

+ 603-2296 0888

Gleneagles Kuala Lumpur

+ 603-4141 3821
+ 603-4141 3822
+ 603-4141 3823

Pusat Perubatan Prince Court

+ 603-2160 0000

Komen Kotak ikon SVGDigunakan untuk ikon seperti, berkongsi, mengulas, dan reaksi

Facebook

02 Disember 2020, 17: 42

Pakar Bedah Kanak-kanak Dr Nada

Ketika berkaitan dengan Apendisitis pada anak-anak, biasanya satu-satunya jalan keluar adalah membuang apendiks melalui pembedahan (apendektomi).

Ibu bapa akan menjalani dua jenis pembedahan untuk dipilih:

1) OPEN pembedahan, atau

2) Pembedahan KEYHOLE (atau pembedahan laparoskopi).

Adakah anda tahu apa perbezaan antara kedua teknik ini?

Salah satu daripadanya menyebabkan parut kurang, rasa sakit yang lebih sedikit dan pemulihan yang lebih cepat untuk anak.

Ketahui yang mana dengan menonton video Dr Nada di bawah

---

Anda juga boleh mengetahui semua tentang Apendisitis pada kanak-kanak dan bagaimana ia boleh dirawat di Malaysia dengan membaca artikel bermanfaat ini:

www.drnadachildsurgeon.com/resources/appendicitis-in-children-what-is-it-and-how-it-can-be-treate ...

---

Dr. Nada Sudhakaran, adalah pakar bedah pediatrik & pakar urologi yang pakar dalam Pembedahan Lubang Kunci - prosedur yang membantu anak anda mengalami kurang kesakitan, sembuh lebih cepat & memberi anda ketenangan fikiran.

Dia berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia.

#apendiks #pembedahan #pediatrik #pediatrik
... See MoreLihat Kurang

Komen di Facebook

Semoga awak berjaya. Doktor .. Sentiasa

Tambah lagi

Ikuti Dr Nada On Social

Latest Posts

Adakah anak anda menunjukkan simptom (penyakit)?

Muat turun Senarai Semak Kami dan Diagnosa Kanak-kanak Anda Lebih Baik

Dapatkan bantuan Untuk anak anda

Dalam 3 Langkah Mudah

Langkah 1

Buat Temujanji

Langkah 2

Terima Laporan Diagnosis

Langkah 3

Bincangkan Pilihan Rawatan