fbpx
English
English

Pakar Surgeri Lubang Kunci Malaysia Telah Memberi Kehidupan Baru Pada Seorang Kanak-kanak Yang Menghadapi Malformasi Paru-paru

Nada Sudhakaran
Pakar Bedah Pediatrik & Pakar Urologi

Pakar Surgeri Lubang Kunci Malaysia Telah Memberi Kehidupan Baru Pada Seorang Kanak-kanak Yang Menghadapi Malformasi Paru-paru

[Artikel ini telah diambil dari artikel yang diterbitkan di Bernama.com pada 13/10/2020 - https://www.bernama.com/en/features/news.php?id=1889161]

Oleh Sakini Mohd Said

Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan kesihatan bertaraf dunia. Perkhidmatan kesihatan dan perubatannya telah memenangi dan mendapat perakuan antarabangsa. Ini adalah artikel kedua dari tiga artikel yang memberi penekanan terhadap kepakaran dalam surgeri lubang kunci di Malaysia.

KUALA LUMPUR (Bernama) - Adik Elvan Keano Manurung, yang berasal dari Medan, Indonesia berumur lima bulan dan beliau sering demam, batuk yang tidak berkurangan serta menghadapi masalah pernafasan.

Ibunya, Lista Hariyanti Siregar, 33, telah membawa anaknya ke beberapa doktor di Medan untuk berubat dan anak itu telah diberi ubat antibiotik dan beberapa ubat yang lain untuk demam dan batuknya.  

Apabila keadaannya bertambah teruk, imbasan CT (computer tomography) telah dilakukan. Ia telah menunjukkan beberapa sista telah terbentuk pada tisu paru-paru kanannya. Adik Elvan telah disahkan menghidapi Malformasi Kogenital Pulmonari Pada Laluan Udara (Congenital Pulmonary Airway Malformation (CPAM)) dan surgeri adalah satu-satunya pilihan yang ada.

“Kami telah diberitahu bahawa terdapat 10% risiko kematian dan sebab ini thoracotomy perlu dilakukan,” kata Lisa Hariyanti. (Thoracotomy adalah prosedur surgeri yang memerlukan insisi antara enam hingga 12 sentimeter dilakukan di bahagian dada)

Majikannya mencadangkan untuk beliau membawa Elvan ke Malaysia untuk dirawat tetapi “saya tidak mampu kerana saya hanya bekerja sebagai pekerja kontrak di sebuah syarikat insuran manakala suami seorang pemandu dan jumlah pendapatan kami setelah digabungkan hanyalah empat juta rupiah (lebih kurang RM1,124) sebulan.”

Keadaan Elvan semakin menurun manakala berat badannya hanya 6.4 kilo pada umurnya 11 bulan, berbanding dengan bayi lain yang sama umur dengannya yang mempunyai berat badan antara sembilan dan 10kg.

Lisa Hariyanti mempunyai dua orang lagi anak, kata majikannya. Beliau kemudiannya telah mencadangkan agar Lisa Hariyanti mengumpul dana melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Kitabiasa.com untuk membawa anaknya ke Malaysia untuk dirawat.  

Beliau telah berbuat demikian dan dalam masa satu bulan jumlah terkumpul adalah RM60,000 dan pada 15 Mac anaknya telah dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur.

“Saya bersyukur kerana kami telah tiba sebelum Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) serta penutupan sempadan antarabangsa dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia. Saya tidak tahu apa akan terjadi pada anak saya jika ianya ditunda,” katanya pada BERNAMA. Tambahan beliau, beliau benar-benar ingin membawa anaknya ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan oleh kerana negara ini dikenali dengan fasiliti perubatan serta kepakarannya yang bertaraf dunia.

SIHAT, AKTIF

Elvan, yang berumur satu tahun pada bulan April telah dimasukkan ke hospital PHKL dan mendapat rawatan oleh pakar surgeri kanak-kanak dan urologi, Dr Nada Sudhakaran yang juga seorang pakar dalam surgeri lubang kunci bagi kanak-kanak.

Dari seorang bayi yang kurus, menghadapi kesukaran bernafas yang juga tidak mampu untuk mengangkat kepalanya sendiri, adik Elvan kini telah membesar menjadi seorang kanak-kanak yang sihat dan aktif, mampu berjalan, berlari, ketawa dan juga bermain.

“Melihat dia sekarang… berat badannya telah meningkat dan beliau seperti kanak-kanak lain yang sama umur,” seorang ibu yang amat gembira memberitahu BERNAMA melalui video Whatsapp dari Medan.

Dr. Nada menjelaskan bahawa berdasarkan laporan imbasan CT, adik Elvan menghidapi CPAM pada bahagian bawah paru-paru kanannya di mana terdapat sista yang banyak dan setiap sista berukuran lebih kurang XNUMX sentimer.

“Sista terjadi akibat daripada lendir yang telah terdedah kepada pelbagai jangkitan yang dihidapi oleh beliau. Banyak komplikasi boleh berlaku sekiranya sista tersebut tidak dibuang. Ini termasuklah risiko sebanyak lima peratus untuk sista tersebut menjadi kanser oleh kerana ia bukanlah sel yang normal,” katanya.

Katanya lagi, sista boleh membawa kepada pneumothorax, iaitu keadaan dimana udara atau gas mengisi ruang antara paru-paru dan dada akibat daripada udara keluar dari paru-paru yang bocor.

“Kedaan ini boleh menyebabkan paru-paru termampat dan berlaku risiko untuk maut,” tambah beliau.

[Untuk mengetahui mengenai Malformasi Paru-paru sila layar:]

https://www.drnadachildsurgeon.com/resources/what-is-lung-malformation-in-children-causes-symptoms-treatment-in-malaysia/

SURGERI LUBANG KUNCI

Dalam kes adik Elvan, tuberkulosis telah terbentuk akibat daripada imun sistemnya yang lemah. Elvan dikehendaki melalui surgeri untuk membuang sista di paru-parunya. Oleh kerana ibunya tidak bersetuju untuk melakukan surgeri secara terbuka, Dr. Nada telah melakukan surgeri lubang kunci.  

Dengan pengalaman selama 17 tahun di bidang surgeri lubang kunci (keyhole surgery), yang juga pembedahan invasif minima. Dr. Nada, pakar surgeri yang dikenali dengan kepakaran beliau dalam bidang ini dan sentiasa mendapat permintaan dari hospital kerajaan dan swasta untuk mempelajari dari kepakaran beliau tersebut.

Menjelaskan bahawa surgeri lubang kunci (keyhole surgery) adalah berbeza dari pembedahan terbuka dan ianya adalah lebih selamat dan berisiko rendah jelas Dr. Nada.

Surgeri lubang kunci juga dikenali sebagai laparoskopik (apabila ia dilakukan pada abdomen) atau thorakoskopik (bila ia dilakukan pada bahagian dada).  

 “Surgeri lubang kunci pada bahagian dada, menggunakan instrumen kecil berdiameter tiga milimeter. Satu bukaan yang kecil akan dibuat untuk memasukkan teleskop, kemudian gas akan dimasukkan supaya ia dapat dikembangkan agar ada lebih banyak ruang semasa surgeri dilakukan,” katanya. Tambah beliau, insisi juga dibuat agar instrumen dapat dimasukkan kedalam dada semasa prosedur dijalankan.  

Kata beliau lagi, video yang dirakam melalui teleskop diunjurkan ke skrin untuk dilihat oleh pakar surgeri dan pembantunya.

“Dengan visual yang dibesarkan membolehkan saya untuk melihat kawasan paru-paru dengan lebih jelas. Lebih kurang 25 hingga 30 peratus paru-parunya telah terjejas oleh kerana CPAM telah dikeluarkan,” katanya.

KEPAKARAN PADA TAHAP YANG TINGGI

Walaupun durasi surgeri lubang kunci, terutamanya pada bahagian paru-paru adalah 10 hingga 20 peratus lebih lama berbanding dengan surgeri tradisional, ia mempunyai kadar kejayaan yang lebih tinggi. Proses pemulihan, kesan surgeri juga kecil dan kadar jangkitan adalah rendah serta kanak-kanak hanya perlu berada di hospital dalam jangkamasa yang pendek.  

Sebarang surgeri, sama ada ianya pembedahan terbuka atau surgeri lubang kunci mempunyai risikonya tersendiri. Antara risiko biasa yang berlaku ada pendarahan dan jangkitan walaupun ianya adalah kecil, risiko tetap ada walaupun ianya surgeri lubang kunci.

“Sebagai contoh, untuk lubang kunci, kami tidak perlu memotong otot. Manakala, pembedahan terbuka memerlukan beberapa lapisan termasuklah otot dipotong agar pakar surgeri memasukkan tangan beliau kedalam bahagian yang bermasalah ketika melakukan operasi tersebut. Pembedahan terbuka ini adalah lebih sakit dan memerlukan masa yang lama untuk pulih,” jelas beliau

Dr Nada menjelaskan lagi bahawa Malaysia semakin maju didalam lapangan surgeri lubang kunci. Kepakaran dan teknologi yang dimiliki kini mendapat permintaan yang tinggi melalui pelancongan kesihatan.

“Tidak semua pakar surgeri boleh menawarkan surgeri ini kerana ianya adalah kepakaran yang memerlukan kemahiran mengendalikan instrumen surgeri yang kecil. Tetapi Malaysia mempunyai kepakaran yang mendalam dalam bidang ini dan ianya adalah keistimewaan bagi negara ini,” tambah beliau


Untuk informasi mengenai surgeri lubang kunci, sila layari https://www.drnadachildsurgeon.com/

Kongsi siaran ini

Kongsi di facebook
Kongsi di twitter
Kongsi di LinkedIn
Kongsi pada WhatsApp
Langgan
Beritahu
tetamu
0 Komen-komen
Maklumbalas dalam baris
Lihat semua komen

Cari Blog Posts

Dr Nada Sudhakaran

Pakar Bedah Pediatrik & Pakar Urologi

Pakar Surgeri Pediatrik

Hospital

Bahasa yang digunakan

Waktu Klinik

Hospital Pantai Kuala Lumpur

+ 603-2296 0419

Gleneagles Kuala Lumpur

+ 603-4141 3821
+ 603-4141 3822
+ 603-4141 3823

Pusat Perubatan Prince Court

+ 603-2160 0000

Komen Kotak ikon SVGDigunakan untuk ikon seperti, berkongsi, mengulas, dan reaksi

Facebook

Terokai lagi

Ikuti Dr Nada On Social

Latest Posts

Adakah anak anda menunjukkan simptom (penyakit)?

Muat turun Senarai Semak Kami dan Diagnosa Kanak-kanak Anda Lebih Baik

Dapatkan bantuan Untuk anak anda

Dalam 3 Langkah Mudah

Langkah 1

Buat Temujanji

Langkah 2

Terima Laporan Diagnosis

Langkah 3

Bincangkan Pilihan Rawatan