fbpx
English EN Bahasa Melayu BM 简体 中文 简体中文
English EN Bahasa Melayu BM 简体 中文 简体中文

Apakah Achalasia Oesophageal/Esofagus pada Kanak-kanak dan bagaimana ia dirawat di Malaysia

Nada Sudhakaran
Pakar Bedah Pediatrik & Pakar Urologi

Apakah Achalasia Oesophageal/Esofagus pada kanak-kanak dan bagaimana ia dirawat di Malaysia?

Achalasia Esofagus adalah penyakit yang berlaku pada orang dewasa dan jarang berlaku pada kanak-kanak. Ianya merupakan penyakit neurologi esofogus.

Apakah Achalasia Esofagus?

Esofagus adalah sejenis organ yang terdiri daripada tiub berotot, yang terletak di bawah diagfram iaitu di belakang tekak hingga ke perut. Ia mempunyai keupayaan pengecutan otot yang baik dan ini terletak diantara esofagus dan perut. Ianya sentiasa mengecut sehinggalah terdapat makanan yang melaluinya dan ketika ini otot di bahagian tersebut akan dikendurkan untuk memudahkan pergerakan makanan. Pengecutan otot di sini penting untuk mencegah tindakan refluks pemakanan apabila ianya bergerak dari perut ke esofagus.

Dalam keadaan Achalasia di mana kadar pengecutan berlaku sangat tinggi, ini megakibatkan ianya sukar untuk dibuka bagi membolehkan perjalanan makanan bergerak dengan lancar. Dengan ini, bahagian hujung esofagus akan melebar dan merenggang dengan makanan yang bergerak dari bahagian atas esofagus . Ianya akan bergerak dalam keadaan yang lambat akibat daripada otot yang sempit ini.

Achalasia boleh berlaku pada mana-mana peringkat usia. Namun kebiasaannya berlaku pada usia antara 20 hingga 40 tahun atau lebih tua. Mengapa ia berlaku, tidak diketahui sebabnya.

Apa itu Achalasia Oesophageal

Simptom Achalasia Esofagus

  1. Kesukaran & Mengalami Kesakitan Ketika Menelan Makanan

  2. Tindakan Refluks terhadap Makanan - makanan yang terkumpul di Esofagus akan ditolak ke luar terutamanya ketika berbaring.

  3. Penurunan Berat Badan - jumlah makanan yang sedikit memasuki perut dan tidak mencukupi untuk memberi nutrien.

  4. Kesakitan Pada Dada - Keadaan ini berlaku oleh kerana makanan terkumpul dibahagian atas Esofagus menyebabkan otot tersebut mengembang.
Simptom Achalasia Esofagus

Surgeri Untuk Achalasia Esofagus

Prosedur surgeri untuk merawat Achalasia Esofagus dipanggil Myotomi Heller dan fundoplication yang dilakukan pada waktu yang sama.

Pada dasarnya otot antara Esofagus dan perut dipisahkan secara membujur tetapi lapisan didalamnya iaitu mukosa masih lengkap. Untuk memahami, contoh yang terbaik adalah tayar basikal lama. Tayar basikal lama mempunyai lapisan yang keras dibahagian luar (ini menggambarkan otot tegang) manakala tiub bahagian dalam adalah lebih lembut (di sinilah terletaknya, lapisan dalam iaitu mukosa). Dengan membelah lapisan luar, lapisan yang lembut tersebut akan menonjol keluar. Keadaan ini akan melebarkan bahagian dalam otot yang sebelum ini sempit. Ia akan memudahkan pergerakan makanan dari Esofagus ke perut.

Walau bagaimanapun, keadaan ini akan membuatkan pesakit cenderung mengalami tindakan refluks Gastro-Esofagus, oleh kerana ini pesakit perlu menjalani surgeri Fundoplication (yang dilakukan pada waktu yang sama) untuk mengurangkan risiko yang mungkin dihadapi oleh pesakit pada kemudiannya. Surgeri ini merupakan pilihan yang terbaik berbanding dengan kaedah yang lain seperti pengambilan ubat-ubatan berterusan untuk jangka masa yang lama, mengembangkan kawasan yang terlibat seperti belon atau menyuntik Botox ke bahagian otot. Kedua-dua pilihan tersebut memerlukan pesakit diletakkan dibawah anaesthesia dan akan hanya memberi kelegaan yang sementara.

Kesan parut yang minima, kesakitan yang kurang dan proses pemulihan yang lebih cepat melalui Surgeri Lubang Kunci (Laparoskopi)

Surgeri Lubang Kunci (atau Keyhole Surgery)adalah jauh lebih baik berbanding prosedur pembedahan secara tradisional. Surgeri secara tradisional memerlukan surgeri terbuka agar pakar surgeri memasukkan tangan pakar surgeri untuk melakukan prosedur tersebut.

Sebaliknya, surgeri Lubang Kunci hanya memerlukan XNUMX insisi yang diperlukan untuk memasukkan instrumen kecil dan juga kamera.

Di samping itu, insisi yang dilakukan tidak melibatkan kesakitan yang amat serta proses pemulihan selepas surgeri adalah tidak melibatkan jangka masa panjang.

Bantuan surgeri dari Dr Nada telah menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki ...

Keadaan kanak-kanak itu sangat serius pada masa itu, dan beliau juga mengalami kekurangan zat makanan. Dia tidak dapat menelan makanan pejal, hanya dapat menelan makanan cair. Oleh disebabkan keadaan ini, kanak-kanak ini hanya ingin memakan makanan cecair yang boleh dimasukkan melalui paru-parunya serta diberikan ubat antibiotik untuk jangkitan paru-parunya.

Pakar surgeri Dr. Nada Sudhakaran, pakar dalam surgeri Lubang Kunci untuk kanak-kanak di Kuala Lumpur, telah melakukan surgeri lubang kunci Heller (termasuk fundoplication) yang jarang dilakukan kepada kanak-kanak, di mana kanak-kanak tersebut menghidapi Achalasia Esofagus.

Surgeri tersebut telah berjalan dengan lancar, ibu bapa kanak-kanak tersebut amat bersyukur apabila surgeri tersebut telah berjaya dan anak mereka kini boleh menikmati makanan dengan normal. Mereka hanya perlu berada di hospital selama 2 hari selepas surgeri dan kanak-kanak tersebut membesar dengan baik.

Dr Nada Sudhakaran
Prof Nada: Surgeri Lubang Kunci (Keyhole Sugery) untuk Achalasia Esofagus lebih baik daripada pembedahan secara traditional – pembedahan terbuka. Ia hanya memerlukan tiga insisi kecil di perut pesakit untuk melakukan surgeri yang rumit. Ini mengurangkan kesakitan yang dialami serta memendekkan masa di hospital selepas surgeri dilakukan.

Artikel asal dari akhbar Nanyang Siang Pau pada tahun 2014 di Malaysia.

Kongsi siaran ini

Kongsi di facebook
Kongsi di twitter
Kongsi di LinkedIn
Kongsi pada WhatsApp
Langgan
Beritahu
tetamu
0 Komen-komen
Maklumbalas dalam baris
Lihat semua komen

Cari Blog Posts

Dr Nada Sudhakaran

Pakar Bedah Pediatrik & Ahli Urologi

Pakar Surgeri Pediatrik

Hospital

Bahasa yang digunakan

Waktu Klinik

Hospital Pantai Kuala Lumpur

+ 603-2296 0888

Gleneagles Kuala Lumpur

+ 603-4141 3821
+ 603-4141 3822
+ 603-4141 3823

Pusat Perubatan Prince Court

+ 603-2160 0000

Ikuti Dr Nada On Social

Latest Posts

Adakah anak anda menunjukkan simptom (penyakit)?

Muat turun Senarai Semak Kami dan Diagnosa Kanak-kanak Anda Lebih Baik

Dapatkan bantuan Untuk anak anda

Dalam 3 Langkah Mudah

Langkah 1

Buat Temujanji

Langkah 2

Terima Laporan Diagnosis

Langkah 3

Bincangkan Pilihan Rawatan