fbpx
English EN Bahasa Melayu BM 简体 中文 简体中文
English EN Bahasa Melayu BM 简体 中文 简体中文

Panduan bagi Ibu Bapa Untuk Mengetahui Mengenai Surgeri Lubang Kunci Untuk Kanak-kanak Di Malaysia

Nada Sudhakaran
Pakar Bedah Pediatrik & Pakar Urologi

Sebagai ibu bapa anda mungkin pernah menjumpai istilah surgeri lubang kunci (keyhole surgery) tetapi tidak mengetahui mengenai prosedur ini dan bagaimana ia memberi manfaat kepada anak anda.

Soal Jawab bersama Dr. Nada, Pakar Surgeri Pediatrik, Gleneagles Kuala Lumpur (GKL)

BabyTalk menemuramah Dr Nada Sudhakaran, Pakar Surgeri Pediatrik dari Gleneagles Kuala Lumpur untuk mengetahui lebih lanjut mengenai surgeri lubang kunci bagi kanak-kanak. Ini yang telah berjaya kami temui.

Apakah surgeri lubang kunci? Bagaimanakah ini berbeza dengan kaedah pembedahan lain?

Surgeri lubang kunci (surgeri invasif minimum, MIS) atau dikenali sebagai laparoskopi (surgeri di perut) atau thoracoscopic (surgeri bahagian dada) adalah surgeri yang dilakukan di kawasan yang dikenal pasti dengan menggunakan instrumen yang sangat kecil. Instrumen tersebut berdiameter XNUMXmm akan digunakan pada abdomen semasa surgeri. Insisi/Bukaan kecil dibuat di bahagian pusat untuk memasukkan teleskop, kemudian gas akan dimasukkan kedalam perut supaya ia dapat dikembangkan agar ada lebih banyak ruang semasa surgeri dilakukan. Dua insisi turut dilakukan bagi memasukkan instrumen ke dalam perut untuk prosedur dijalankan. Video yang dirakam melalui teleskop kecil diunjurkan ke skrin untuk dilihat oleh pakar surgeri dan pembantunya. Surgeri lubang kunci ini boleh dilakukan terhadap kebanyakan surgeri yang melibatkan kanak-kanak dan bayi baru lahir. Ini termasuklah surgeri yang kompleks dalam memperbaiki keadaan kanak-kanak yang mungkin dilahirkan dengan kelainan.

Setelah pembedahan selesai, instrumen dikeluarkan, tisu-tisu ditutup seterusnya gam tisu digunakan ke atas luka-luka tersebut. Dalam prosedur ini, otot-otot kanak-kanak tersebut tidak dipotong. Dengan ini juga, otot-ototnya tidak diganggu dan tidak terbelit. Kesakitan yang dialami oleh pesakit adalah minima berbanding dengan pembedahan terbuka. Surgeri cara tradisional melibatkan pembedahan terbuka, yang melibatkan semua bahagian lapisan termasuklah otot. Surgeri tradsional ini memerlukan pakar surgeri memasukkan tangan beliau kedalam abdomen atau dada pesakit. Pembedahan cara ini adalah lebih sakit dan memerlukan masa yang lama untuk pulih.

Adakah terdapat sebarang statistik untuk menunjukkan kadar pertumbuhan surgeri lubang kunci yang dilakukan ke atas kanak-kanak di Malaysia?

Terdapat perkembangan stabil dalam penggunaan surgeri lubang kunci pada kanak-kanak di Malaysia. Sebab utama adalah kerana kemahiran pakar surgeri serta peralatan surgeri yang terdapat di pusat operasi pakar surgeri. Saya sendiri pernah terlibat dalam memberi latihan di beberapa pusat perubatan di utara Semenanjung Malaysia. Kini terdapat beberapa pusat perubatan di sana yang secara rutin telah memilih untuk menggunakan surgeri lubang kunci berbanding pembedahan terbuka, setelah mengetahui manfaatnya serta pengalaman dalam menjalankan surgeri tersebut. Ibu bapa yang mengetahui mengenai surgeri lubang kunci ini akan memilih prosedur ini.

Berapa lamakah durasi operasi dijalankan?

Surgeri lubang kunci akan mengambil masa 10-20% lebih lama berbanding pembedahan terbuka. Prosedur surgeri yang mudah seperti surgeri angin pasang (hernia) akan mengambil masa yang lebih cepat melalui surgeri lubang kunci yang dilakukan oleh pakar surgeri.

Bagaimanakah proses penyembuhan?

Oleh kerana proses surgeri lubang kunci hanya melibatkan insisi yang kecil manakala kesakitan dan trauma selepas surgeri adalah minimum. Selepas prosedur surgeri ini dilakukan, kanak-kanak hanya perlu berada di bilik jagaan untuk jangka masa yang pendek dan beliau boleh menjalankan aktiviti harian. Kanak-kanak tersebut juga tidak akan merasa sebarang kesakitan dan boleh dibenarkan pulang selepas dua hari berbanding tujuh hari jika prosedur pembedahan terbuka dilakukan.

Apakah faedah serta kelebihan pembedahan lubang kunci?

Kelebihan utama surgeri adalah para pesakit tidak akan menghadapi kesakitan yang mendalam akibat daripada potongan yang besar pada bahagian yang terlibat. Pesakit juga tidak perlu berada lama di hospital kerana proses pemulihan adalah pendek. Dengan ini, ibu bapa juga tidak perlu berada di hospital untuk jangka masa yang lama berbanding jika pembedahan terbuka dilakukan. Pesakit tidak akan lama ketinggalan masa persekolahan yang panjang, dan boleh berada disisi keluarga dengan lebih cepat. Parut kesan dari surgeri adalah kecil dan tidak begitu jelas berbanding dengan pembedahan terbuka. Tambahan pula, kesan sampingan yang akan dialami akibat daripada pembedahan terbuka adalah lebih besar dan melibatkan komplikasi pada tentangan usus pesakit pada jangka masa panjang.

Apakah proses yang dilakukan sebelum dan semasa pembedahan?

Sebelum sebarang surgeri dijalankan, pakar surgeri akan melakukan perbincangan bersama ibu bapa dan anaknya mengenai proses pembedahan yang bakal dijalankan serta komplikasi yang mungkin berlaku. Pesakit harus berpuasa dari makan atau minum susu sekurang-kurangnya 6 jam sebelum surgeri dan hanya dibenarkan minum air 2 jam sebelum surgeri. Ini bagi mengelakkan anak tersebut muntah semasa proses anaesthesia dilakukan. Ibu atau bapa boleh menemani anak mereka di dalam bilik operasi sehingga pesakit itu tidur. Selepas itu, ibu atau bapa boleh berehat ketika surgeri sedang dijalankan, tetapi mereka hendaklah boleh dihubungi pada bila-bila masa. Ibu bapa boleh berjumpa dengan mereka setelah anak mereka sedar dari surgeri.

Apakah risiko atau komplikasi yang perlu diketahui ibu bapa mengenai pembedahan ini?

Risiko yang terlibat dalam surgeri lubang kunci adalah sama dengan pembedahan terbuka. Pendarahan serta jangkitan adalah antara risikonya. Namun risiko yang terlibat melalui surgeri lubang kunci adalah minima.

Apa yang perlu dilakukan selepas pembedahan? Adakah terdapat penjagaan khusus selepas surgeri?

Surgeri lubang kunci hanya melibatkan pembukaan yang kecil pada kulit pesakit dan ianya boleh digam dan ianya adalah kalis air. Dengan ini, kanak-kanak boleh mandi juga bergerak oleh kerana para pesakit tidak akan menghadapi kesakitan yang mendalam akibat daripada sisitan pada bahagian yang terlibat. Keadaan kanak-kanak adalah sama seperti sebelum surgeri lubang kunci dilakukan.

Untuk maklumat lebih lanjut serta rawatan yang boleh dijalankan melalui surgeri lubang kunci, anda boleh melawat Laman web Dr Nada berserta artikel dan video di bahagian sumber.

Kongsi siaran ini

Kongsi di facebook
Kongsi di twitter
Kongsi di LinkedIn
Kongsi pada WhatsApp
Langgan
Beritahu
tetamu
0 Komen-komen
Maklumbalas dalam baris
Lihat semua komen

Cari Blog Posts

Dr Nada Sudhakaran

Pakar Bedah Pediatrik & Ahli Urologi

Pakar Surgeri Pediatrik

Hospital

Bahasa yang digunakan

Waktu Klinik

Hospital Pantai Kuala Lumpur

+ 603-2296 0888

Gleneagles Kuala Lumpur

+ 603-4141 3821
+ 603-4141 3822
+ 603-4141 3823

Pusat Perubatan Prince Court

+ 603-2160 0000

Ikuti Dr Nada On Social

Latest Posts

Adakah anak anda menunjukkan simptom (penyakit)?

Muat turun Senarai Semak Kami dan Diagnosa Kanak-kanak Anda Lebih Baik

Dapatkan bantuan Untuk anak anda

Dalam 3 Langkah Mudah

Langkah 1

Buat Temujanji

Langkah 2

Terima Laporan Diagnosis

Langkah 3

Bincangkan Pilihan Rawatan