Apakah Sista Choledochal pada kanak-kanak - sebab, gejala & rawatan di Malaysia
Apakah Sista Choledochal?
Sista Choledochal adalah kelainan pada saluran hempedu dimana ia menyalurkan hempedu dari hati ke pundi hempedu dan juga usus kecil (duodenum).
Kelainan ini berlaku 1 dalam setiap 10,000 kanak-kanak di Malaysia, manakala ia bukanlah satu kelainan yang kerap di negara barat (1 dari setiap 100,000).
Anatomi bagi saluran hempedu yang normal ditunjukkan di bawah :

Sista Choledochal terjadi apabila berlakunya kelainan pada saluran hempedu extrahepatik dimana ia berbentuk seperti segumpal ketumbuhan (membesar seperti belon) didalam saluran apabila pada keadaan normal, ianya adalah saluran halus.
Terdapat beberapa perbezaan pada kelainan ini, seperti yang ditunjukkan pada diagram dibawah :

- Jenis 1c dan 1f adalah paling kerap dimana 80% dari malformasi choledocal adalah dari jenis ini. Kelainan jenis ini berlaku apabila saluran hempedu membesar dan membentuk satu sista. Jenis C - berbentuk seperti sebiji bola) dan jenis f pula bebentuk lonjong/memanjang seperti bola rugbi.
- Jenis 2
seperti satu kantung sisi pada saluran hempedu sesama.
- Jenis 3
adalah apabila sista tersebut berada pada hujung saluran sebelum ianya masuk ke bahagian duodenum.
- Jenis 4
merangkumi beberapa sista pada saluran hempedu sesama dan juga di dalam saluran hati.
- Jenis 5 merangkumi beberapa sista yang terletak di dalam hati sahaja.
Apakah yang menyebabkan Sista Choledochal?
Sista Cheledochal bukanlah kelainan akibat dari keturunan dan sekiranya ianya berlaku ia hanyalah satu kebetulan.
Terdapat 2 teori mengenai pembentukan Sista Cheledochal.
Teori pertama adalah secara kongenital (terjadi sebelum kelahiran) dimana hujung saluran CBD yang bercantum pada saluran pankreatik menjadi sempit. Akibat daripada halangan tersebut, hempedu akan tersekat dan terkumpul akhirnya CBD akan membesar.
Teori kedua ‘laluan sesama’ (persimpangan antara saluran pankreatik dan hempedu) adalah panjang (lihat diagram di bawah - jenis 3). Keadaan ini akan menyebabkan cecair pankreas (enzim yang dicerna) mengalir ke bahagian laluan sesama tersebut dan seterusnya mencernakan CBD lalu menyebabkan ianya lemah dan mengembang.

Berapa kerapkah Sista Choledochal (Choledochal Cysts) berlaku di Malaysia?
Kelainan ini berlaku dalam 1 dalam setiap 10,000 manakala di negara barat ianya tidaklah kerap (1 dari setiap 100,000).
Kelainan ini kerap berlaku pada kanak-kanak perempuan iaitu 4 kali ganda berbanding kanak-kanak lelaki.
Apakah simptom Sista Choledochal?
Simptom boleh berlaku pada bila-bila masa selepas kelahiran tetapi ianya lebih kerap berlaku pada 6 bulan pertama setelah dilahirkan. Ini termasuklah :
- Abdominal bengkak iaitu pada bahagian atas kanan perut
- Kesakitan pada bahagian atas kanan perut.
- Demam kuning
- Demam
- Warna najis yang pucat
- Loya and muntah-muntah
Apakah risiko akibat daripada Sista Choledochal?
Berlakunya sekatan pada aliran hempedu yang menyebabkan hempedu tersebut terkumpul didalam sista, hati dan darah. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak sakit perut serta demam kuning. Disebabkan hempedu yang terkumpul itu juga boleh menyebabkan jangkitan dan demam.
Akibat daripada cecair hempedu yang bertakung, berlaku risiko pembentukkan batu hempedu didalam sista dimana akan bergerak ke arah laluan sesama dan seterusnya ke bahagian yang lain. Ini menyebabkan halangan pada saluran pankreas seterusnya keradangan pankreas berlaku, yang turut mengancam nyawa.
Akibat daripada gangguan serta jangkitan yang kronik, ia boleh menyebabkan kegagalan hati (cirrhosis). Pada jangka masa yang panjang, jika ianya tidak dirawat, berkemungkinan risiko saluran hempedu yang tidak normal akan berlaku.
Bagaimana Sista Choledochal dikesan dan diperiksa?
Ketika ini, Sista Choledochal dapat dikesan ketika pranatal (sebelum kelahiran).
Ketika kehamilan, sista ini sudah boleh dikesan sebelum bayi dilahirkan. Imbasan ultrabunyi akan dilakukan setelah bayi dilahirkan untuk mengesahkan diagnosis serta melakukan imbasan CT sebelum surgeri dilakukan.
Bagi sesetengah kanak-kanak, simptom-simptom diatas dapat dikesan. Namun, diagnosis yang lebih tepat dapat diketahui melalui imbasan ultrabunyi dan imbasan CT. Ujian darah turut dilakukan jika terdapat tanda-tanda halangan, demam kuning dengan kadar bilirubin yang tinggi serta membuat penilaian keatas hati dan fungsinya.

Apakah rawatan untuk Sista Choledochal?
Bagi kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi Sista Choledochal, mungkin mengalami kesakitan yang hadir secara sekali-sekala atau bengkak pada abdominal. Walau bagaimanapun, adalah jarang untuk simptom seperti deman (jangkitan pada sista) terjadi, gangguan atau keradangan pankreas berlaku. Keadan genting ini hendaklah diberi perhatian terlebih dahulu sebelum surgeri dilakukan.
Akhirnya, penyelesaian terbaik untuk choledochal cyst adalah pembedahan untuk mengeluarkan saluran hempedu biasa yang tidak normal dan menyambung semula aliran hempedu dari hati ke usus.
Ini adalah untuk mengelakkan komplikasi, serta mengelakkan sebarang risiko yang mungkin disebabkan oleh sista yang membahayakan pada masa hadapan (kanser).
Surgeri untuk membuang kesemua saluran hempedu extrahepatik serta halangan kecil di pundi hempedu yang terletak pada penghujung hati yang juga bersambung pada usus.
Prosedur yang saya jalankan adalah prosedur Hepatico-jejunostomi (usus kecil pada bahagian saluran hempedu yang terletak pada hujung hati) seperti yang ditunjukkan pada diagram dibawah :

Surgeri ini adalah prosedur surgeri rekonstruktif yang kompleks. Ia mengambil masa yang panjang iaitu antara 3 hingga 6 jam. Jika terdapat sebarang jangkitan sebelumnya, ia mungkin mengambil masa lebih lama akibat daripada luka yang telah berlaku.
Pilihan saya untuk kebanyakan surgeri yang saya lakukan adalah surgeri invasif minima – surgeri lubang kunci ("keyhole" atau laparoscopic pada abdomen dan thoracoscopic pada bahagian dada). Dengan ini, kanak-kanak akan kurang rasa kesakitan serta jangka masa untuk pulih selepas surgeri adalah singkat berbanding dengan surgeri tradisional iaitu surgeri terbuka yang akan melibatkan insisi yang besar.
Setelah melakukan surgeri untuk membuang Sista Cheledochal melalui prosedur lubang kunci, kanak-kanak tersebut boleh dibenarkan pulang antara 2 hingga 5 hari setelah surgeri. Prosedur tersebut hanya melibatkan kesakitan yang minima dan boleh melakukan aktiviti harian mereka dengan kadar yang segera.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Surgeri Lubang Kunci, lihat artikel di bawah...

Testimoni pesakit setelah menerima rawatan Sista Choledochal dari Dr. Nada
“Pertama sekali, saya sangat berterima kasih kepada Tuhan kerana memberkati saya dan keluarga saya untuk berkenalan dengan Dr. Nada.
Dalam kes saya, bayi perempuan saya mendiagnosis sista Koledokal kronik. Selepas meninjau beberapa hospital akhirnya saya dan suami mendengar banyak ulasan yang baik tentang Rr Nada dan kami memutuskan untuk berjumpa dengannya. Dari lawatan pertama kami mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap perkhidmatan beliau dan seperti yang dinasihatkan oleh Dr pembedahan lubang kunci telah dilakukan untuk anak perempuan saya pada Januari 1. Pembedahannya sungguh rumit dan mengambil masa hampir 2020 jam…Dr Nada adalah doktor yang berpengalaman di Pusat Perubatan Pantai.

Beliau adalah pakar dalam Keyhole (laparoskopi) pembedahan dan hanya beberapa doktor di Malaysia yang mempunyai kemahiran sedemikian. Salah satu faedah daripada pembedahan lubang kunci adalah ia mengurangkan kecederaan pada badan, kerana luka yang dibuat adalah lebih kecil dan juga parut yang lebih kecil. Kawasan perut perempuan saya kelihatan seperti dia tidak pernah menjalani pembedahan sebelum ini.
Anak perempuan saya sihat selepas surgeri. Dr Nada merawat anak perempuan saya di hospital dengan penuh kasih sayang. ini membuatkan kami sekeluarga amat menghargai sikap beliau. Walaupun surgeri telah dilakukan beberapa bulan lepas, Dr Nada masih lagi mengambil berat terhadap perkembangan anak perempuan saya.
Dr.Nada adalah seorang yang rendah hati dan hebat. Beliau sangat memahami keperluan ibu bapa yang mempunyai masalah dengan kesihatan anak-anak mereka.
Untuk keluarga saya, dia adalah ilahi! Kami akan sentiasa berterima kasih kepadanya Semoga Tuhan memberkati anda sentiasa…Dr…terima kasih.”
Chandakala Ck - Ibu









